Memang jadi teramat payah rasanya bila kedua suami isteri sakit serentak. Hendaknya seperti aku ini, dalam pada sakit kepala dan rasa tak stabil pergerakan badan, masih terpaksa uruskan keperluan ibu_suri dan menyejukkan rengekkannya.
Aku tidak boleh beritahu banyak akan apa yang aku rasa. Tak boleh bercerita secara jujur sangat juga. Akibatnya, ibu_suri akan terasa sedih dan emosinya pula terganggu. Ia benar-benar mengharapkan aku sihat dan boleh menjaga dia sebaiknya. Dan dia akan terasa bersalah bila aku sakit, dia tidak dapat pula menjaga aku sebaiknya.
Justeru itu aku perlu tunjukkan 'segar'ku pada dia. Apa saja yang dia mahu aku buatkan, aku akan kata ok dengan nada ceria.
Hari ini saja ntah berapa kali dia terkucil dan bertaburan sepanjang jalan ke bilik air. Aku dah naik tak kisah. Lantaklah... Aku cuci sekadar yang aku terdaya sahaja.
Malam ini dia mengadu sakit kepala dan tidak mahu makan. Bimbang pula aku sebab Dr Azlina pernah berpesan;
"Kalau terasa pening atau nak muntah, terus pergi hospital, ya!"
Esok ibu_suri akan membuat pemeriksaan tekanan darah. Bagaimana agaknya kalau pihak klinik memaksa ibu_suri masuk wad?
4 ulasan:
sakit tu ujian Allah, tanda kasih sayangNya, beruntungnya orang yang yang diuji dan dia sabar...semoga cepat sembuh
Memang tinggi tahap kesabaran IM....Alhamdulillah.
riadah tahap kemampuan ya IM
dah bertukar address patut xjumpa (blog not found)
Azimah,
Mengingatkan begitulah buat IM teruskan senyum dengan kehidupan ini...
Bearcat,
Kalau betul IM ini Sabar, ianya mewarisi kesabaran mak IM yang menjaga 6 anak tatkala abah IM juga sakit sepertimana ibu_suri.
SUD@IS,
Ya.. Sekarang ini IM tahu tahap riadah IM cuma jaln-jalan saja bukan jogging.
InsyaAllah, kali ni tak pindah alamat lagi kot!
Catat Ulasan