Jam 9.30.
Aku pun tak ada plan apa-apa walaupun ibu_suri kerap bertanya... harijadi dia nanti aku nak hadiahkan apa?
Aku bukan dibesarkan dengan budaya sambut harijadi. Orang kampung yang miskin, yang nak berbelanja ke sekolah pun sekadar membeli aiskrim Malaysia potong dua dengan adik, mana teringat 'kemewahan' yang seperti itu.
Tapi bila berkahwin dengan orang Pulau Pinang ini, memang ada sedikit kejutan budaya. Pertembungan ini kekadang terpaksa aku serap ke dalam budaya aku sendiri.
Dipendekkan cerita ( sekarang ni memang malas menulis panjang-panjang sebab sukar menaip di skrin talipon yang kecil), Angah suruh aku bawa Marissa dan Qaisara ke kedai kek dan hadiahkan kepada ibu_suri.
Oleh kerana ibu_suri sekarang ini dah tak boleh berjalan keluar kereta, kami raikan bersama di dalam ruang yang sempit, di kotak parkir Nash Bistro, Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Harga kek dah bukan soal. Tidak ada pilihan. RM50 itu adalah harga yang paling rendah di antara banyak banyak kek.
Tak sangka pula, pandai Marissa menulis dan melukis sendiri kad ucapan walaupun baru berusia 6 tahun...
Mungkin video klip itu tak muat untuk dimuatnaik di sini kerana saiz yang besar.
Boleh saja tonton di status fb aku di sini...
4 ulasan:
tersentuh tgk video tu. Bertuah opah.
Saya selalu terfikir begitu bahawa dia bertuah mempunyai saya yang masih sihat untuk menjaganya.
Saya pernah ziarah sepasang suami iateri yang uzur yang hanya di jaga oleh anak perempuannya. Ada anak lelaki tapi tidak pernah ambil peduli...
Asal sahaja ibu_suri gembira... :)
Sama dengan saya IM, orang kampung yang tak diraikan hari jadi..
Untuk anak2pun sekadar beli kek dan masak ala kadar untuk kani anak beranak, tak reti nak raikan secara besar2an
Catat Ulasan