Ahad, 18 Februari 2018
Maafkan Aku - Istri!
Semakin hari aku merasakan semakin lelah dalam menjaga ibu_suri. Aku tahu itu satu perasaan yang tidak baik tapi aku tidak betah menipu diri sendiri.
Di usia yang semakin luluh ini kederat, perasaan dan mental aku semakin menguncup. Aku kalau boleh nak rehat sahaja dari melayan kerenah ibu_suri yang selalu aku istilahkan 'aku hanya boleh rileks bila dia tutup mata untuk tidur. Bilamana dia dah kembali jaga, bermula episod aku tak boleh nak menonton tv siaran kegemaran, baring di luar bila mengantuk jauh sekali dari keluar berjumpa kawan atau hadir ke program kebajikan sendirian. '
Tak semudah kata-kata untuk menjaga seseorang yang bi-polar disorder ini. Emosinya tak menentu. Nafsu makan takbtetap. Bila dia kata 'nak' tak usahlah lambat untuk tunaikan atau berkata tidak. Jika dia kata 'tidak' pujuklah setara manapun dia tetap tidak walaupun hingga aku terpaksa menyain surat pelepasan dari masuk dimasukkan ke wad.
Lelah ini semakin terasa membebankan jiwa ini. Sementelah aku juga kian bimbang dengan tahap kesihatan diri.
'Tuhan, bantulah aku meneruskan kehidupan ini. Jauhkan aku sari rasa terpaksa atau leceh dalam mengurus kerenah istriku. Turunkan hidayahMu agar aku dapat kembali istiqamah sujud di kakiMu setiap waktu sebagai tanda nsan yang bersyukur'
Maafkan aku - istri!
Khamis, 4 Januari 2018
Nasib Si Kerusi
Kali ini dapat 'projek' lagi besar dari sebelum sebelumnya...
Biasanya kalau pun ibu_suri tsk tahan lalu membuang di dalam kereta, hanya separuh. Separuh lagi sempatlah di tahan sampai ke rumah. Tapi tidak kali ini. Dua kali ibu_suri 'flush' di dalam kereta.
'Sori ya... I tak tahan. Pasai makan ubat tu la...'
Aku tak mahu cakap banyak-banyak. Terus memandu deras ke rumah dalam hujan lebat yang turun sejak awal petang.
Hujan lebat di luar namun 'lebat' lagi di dalam kereta.
Tak tahulah esok pergi kerja, macam mana baunya di dalam kereta.
Satu hari nanti kena tukar ke kerusi yang baru sahaja agaknya....
Biasanya kalau pun ibu_suri tsk tahan lalu membuang di dalam kereta, hanya separuh. Separuh lagi sempatlah di tahan sampai ke rumah. Tapi tidak kali ini. Dua kali ibu_suri 'flush' di dalam kereta.
'Sori ya... I tak tahan. Pasai makan ubat tu la...'
Aku tak mahu cakap banyak-banyak. Terus memandu deras ke rumah dalam hujan lebat yang turun sejak awal petang.
Hujan lebat di luar namun 'lebat' lagi di dalam kereta.
Tak tahulah esok pergi kerja, macam mana baunya di dalam kereta.
Satu hari nanti kena tukar ke kerusi yang baru sahaja agaknya....
Rabu, 20 Disember 2017
Pergelutan
Aku masih lagi bergelut dengan usaha menurunkan paras gula dalam badan. Raut wajah doktor perempuan lewat temujanji hari itu tidak memberikan kelegaan di hati. Alahai doktor, awat tak kata...
'Paras gula awak nampak dah turun sikit. syabas!'
Ini tak... yang dia jawap bila aku bertanya;
'Selagi gula awak tak turun paras normal selagi itu awak tak ok...'
Macam bom baru meletup kat dada aku mendengarkannya.
Aku dah berjaya mengurangkan tabiat meminum kopi/teh 3in1. Malah mungkin ke tahap 100%. Bagi aku ini satu kejayaan besar dalam usaha ini. Bukan senang wooo nak buang habit 3in1 ni. Macam perokok tegar nak berhenti merokok ceritanya.
Setiap kali nak sarapan pagi mesti buka almari nak ambil kopi. Senang bancuh kan? Koyak saja sacet, tuang ke dalam cawan, masukkan air panas, kacau... dah siap dengan aroma dan rasanya yang sama seperti bancuhan semalam atau dudu-dulu.
Lainlah kalau ibu_suri yang bancuhkan kopi bila diminta. Tentunya airtangan ibu_suri lebih sedap dari bancuhan kopi mesin di kilang.
Justru itu hargailah kalian yang masih ada istri. Yang setia membancuhkan kopi setiap pagi. Aku dah lebih dari 10 tahun urus diri sendiri dalam segala hal rumahtangga.
Justru itu hargailah kalian yang masih ada istri. Yang setia membancuhkan kopi setiap pagi. Aku dah lebih dari 10 tahun urus diri sendiri dalam segala hal rumahtangga.
Jeles woo... bila lihat makanpakai kawan-kawan semuanya istri yang uruskan. Balik rumah saja, makanan dah terhidang. Baju dah dibasuh dan sterikakan. Dalam rumah bersih dan kemas.
Bab makan nasi sekali sehari dan setiap sekali itu pula sekadar sukatan satu bungkus nasi lemak... masih sukar der... Aku masih terikat dengan feel ibu_suri yang kerap tidak menghabiskan makanan kerana appetitenya yang berubah-ubah dengan cepat. Kekadang 90% makanan berbaki. Akulah yang terpaksa habiskan dari membazir...
Rabu, 13 Disember 2017
Mini re- Union
| kiri: bob, halim, rahim dan aku (kanan) |
Sekadar nak merakamkan sesi mini re-union aku dengan sahabat lama semasa belajar di Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur 1981~1982 dulu.
Kami berjumpa di Restoran Subaidah, Seberang Jaya; tepi Lebuhraya PLUS arah Selatan tadi.
Tentulah seronok bila sesekali dapat jumpa kawan-kawan lama. Mengenang kisah lama zaman nakal dan hanya tahu seronok.
Bob bakal menjadi calon PAS bagi DUN Pinang Tunggal. Halim pula sedang studi untuk ambil phd dalam bisang Sains Politik. Cuma aku dan Rahim sahaja tiada cita-cita menarik.
Tak sangka kan, kawan yang dulu nakal dan kaki perempuan boleh berubah 360 darjah.
Aku juga yang stereotype macam dulu. Kekadang terbit juga rasa rendah diri semasa berbual.
Bila azan Maghrib aku minta diri untuk balik walaupun mereka beriya-iya ajak aku solat saja di situ bersama dan sambung berbual hingga Isyak.
Terima kasih Halim kerana belanja aku makan tandori. Aku jarang makan yang ini. Memang sedap!
Isnin, 11 Disember 2017
Temujanji Yang Menginsafkan
Pagi ini adalah temujanji aku dengan doktor di klinik Kubang Semang. Sementara menunggu nombor giliran dipanggil, berbagai-bagai perasaan berbaur di benak. Agaknya ini jugalah yang dirasakan oleh ibu_suri selama ini; yang kerap kali terpaksa aku tenangkan dengan pujukan kata-kata.
Isu dalam kesihatan aku yang paling ketara ialah gula yang tinggi. Termasuk juga kolestrol. Tekanan darah mungkin kurang membimbangkan.
Mereka yang pernah aku lihat kena potong jari, kaki berbalut kerana luka susah sembuh... bermain main di fikiran.
Mulalah aku memikirkan masa depan aku bukan lagi ketawa tapi penuh debar.
Namun, apapun yang berlaku tetaplah berlaku. Semalam takkan dapat diperbaiki sedangkan esok belum tentu akan dapat aku tempoh. Apa tindakan yang perlu aku perbuat next ialah:
Jaga pemakanan
Jaga peeasaan
Jaga senaman
Jaga ibadah
Berfikiran positif
Doktor tambahkan dos ubat (sesuatu yang aku cuba elakkan). Dia beri tempoh sebulan untuk temujanji akan datang.
Aku tidak mahu menjadi seseorang yang degil dalam menjaga kesihatan seperti yang pernah aku dengar dari penjaga pesakit seperti aku atau yang pernah aku lihat sendiri seperti birasku maupun bapa mertua..
Aku perlu tunjuk suatu kemajuan akan tahap gulaku kepada doktor bulan depan. Aku mahu menjadi seorang yang positif.
Jika aku juga sakit, bertambah sukarlah nanti nak jaga ibu_suri. Nak harapkan anak anak... mereka juga ada kemelut hidup tersendiri!
Langgan:
Catatan (Atom)




