Jumaat, 1 Januari 2010

Tahniah Buat Kita

Aku ingin menulis blog tepat pada jam 12 tengah malam, sebenarnya. Namun keadaan ibu_suri yang mutakhir ini cukup 'pantang' melihat aku berada di depan komputer buatkan aku hanya berbaring di sisinya yang sedang menonton tv. Dan tatkala dia menggerakkan aku;

" Abang... abang... Tahun baru! Tengok bunga api, cantiknya....."

Aku telah pun terlelap dan sengaja tidak mahu buka mata walaupun terjaga. Hairan aku, apalah yang digembirakan sangat dengan kedatangan Tahun Baru.

Di Penang ini sahaja tidak kurang dari 3 lokasi rasmi sambutan Tahun Baru. Di Queens Bay dan Auto City Juru ada konsert artis dari bangsa Cina. Di Tapak Pesta ada artis kumpulan May. Itu belum termasuk di lokasi tradisi seperti Persiaran Gurney dan Padang Kota Lama.

Bagi aku setiap kali Tahun Baru menjelang bermakna satu anak tangga lagi umurku meningkat. Bagi yang masih muda mungkin merasakan masih lagi jauh walaupun sebenarnya kita pun tidak tahu samada masih berpeluang melihat kalendar tahun hadapan. Namun bagi yang kini mencecah usia separuh abad tentunya jikalau mengikut lumrah alam, pelayaran hidup semakin menghampiri pelabuhan.

Lalu, 'semakin dekat' ini layak disambut dengan nyalaan bunga api dan teriakan kegembiraan?

Aku sempat berbual dengan seorang kawan baru Islam semalam di lokasi kerja.

" I selalu tengok emak I. I tahu dia selalu dalam keresahan. Resah dia adalah kerana mengenang hari tuanya yang semakin panjang dan hari berjumpa Tuhannya semakin pendek. I tahu dia takut. Sebab itu bila dia mengaji Quran, dia selalu menangis. I juga takut. Tapi I hairan kenapa orang lain gembira. "

Sebaik bangun subuh tadi aku baca sms dari seorang kawan Cina yang pernah aku ceritakan dulu di sini.

" Fren, Happy new year 2 u sn sugar price increase. I nw makan with my fren at sungai nibong. Nw time 2am. R u already sleep? "

Ya...tak..ya... Tahniah buat kita yang rupanya kelekaan menyambut Tahun Baru diambil kesempatan menaikkan harga gula oleh kerajaan sebanyak 20 sen. Bijak...bijak... Dan janji manis mereka;

" Kenaikan gula ini tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat... "

Slogan yang selalu aku dengar dan hampir muntah mendengarnya disetiapkali kenaikan harga barangan berlaku.

Esok dan seterusnya kita akan dapat saksikan kuih muih yang harganya 4o sen akan mengecut saiznya kerana 'kekurangan gula'...

" Ayah, Tesco semalam stok gula tak dak. Rak gula kosong... " beritahu Angah sebaik sahaja aku pulang dari menghantar Along balik semula ke KL di stesen keretapi BM malam tadi.

" Habis dijual ke atau peniaga sorok stok? ", ujiku.

" Entah lah ayah..... "

Begitulah Malaysiaku. Malam Jumaat penuh dengan pesta. Pagi Jumaat ini tong sampah akan dipenuhi k*n*m yang di bersihkan dari padang keramaian oleh pekerja Bandaraya. Pagi Jumaat juga akan mendengarkan kelohan rakyat marhaen tentang kehidupan yang semakin terhimpit sedikit demi sedikit.

Begitu selalunya yang akan berlaku seperti juga sebelum-sebelum ini!

8 ulasan:

al-lavendari berkata...

Lalu, 'semakin dekat' ini layak disambut dengan nyalaan bunga api dan teriakan kegembiraan?

memang tak layak ... tapi itulah realitinya. kini semua sudah tunggang langgang dan sempang perenang !

Mybabah berkata...

Salam tuan. "Janji manis" yang perlu dibayar dengan kenaikan harga gula. Mari kita kurangkan manis pada minuman dan makanan demi kesihatan tanpa mengurangkan manis pada senyuman.

maiyah berkata...

dah makin bebas, kerajaan dah taksub ngan kemajuan.. inilah yg dirisaukan tuan guru nik aziz.. kemusnahan umat dlm alpa

Ariff Budiman berkata...

Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan. Betoi ka ni

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

moga 2010 membawa kita lebih matang dalam urusan dan tindakan

hentian berkata...

Aku pula selalu nyanyi begini kat ibu_suri;

" beginilah nasib diriku yang malam, oh tuhan

tak boleh bersenang lenang

berihat sekejap isteri dah meradang

kerja berat takut reput tulang... "

next posting, aku akan cerita tulang aku hampir reput....keh 3x

tula... agaknya dah 40x aku nyanyi.. pintu langit terbuka.

abu muaz berkata...

Salam tuan.Ditengah kegembiraan dengan percikan bunga api rakyat ditipu hidup-hidup.

Syahazli berkata...

bila si suri belayar, masa tu lah jejari mengetuk.......

Rakyat didahulukan.....rakyat jenis manakah yang didahulukan, atau mungkin juga pengorbanan dari rakyat didahulukan melebihi pengorbanan pemimpin. Ini baru betul menepati moto kerjaan hari ni.

Kera-jaan, pencapaian jenis apakah yang diutamakan, kalau pencapaian dari segi.......banyak yang dah tercapai.