Selasa, 27 Julai 2010

Biarpun Perjalanan Ini Panjang

Tuhan,

biarpun perjalanan ini terasa panjang
namun ianya lebih baik
kerana buntil yang kugalas untuk bekalan hari esok
masih belum terusik.

sekalipun beban ini terasa amat berat
mungkin ianya sekadar yang aku terpikul
mengkifarah dosa yang ada
agar kurang pedihnya bila dibalas tatkala di sana.

hatta lorong hidup ini teramat keras kerikilnya
ianya lebih baik sebagai pengingat
pada aku yang mudah lupa
jika ditakdirkan hidup dalam serba ada.

Tuhan,
begini lebih molek
dari begitu
kalau begitu akan membuatkan aku terlupa
siapa Kamu di sisiku!

Walaupun aku sering kelemasan
sering kepanasan
sering kehausan
aku tahu
kasihMu yang kubutuhkan
berada dekat disarafku
berada dekat didadaku!

14 ulasan:

ibuintan berkata...

Salam IM,
Allah sentiasa menguji hambanya, cuma setiap orang pula berlainan ujian yang didatangkan..
Allah memberi ujian sebegini kepada IM kerana Allah tahu IM mampu menggalasnya

hentian berkata...

tkasih ibuintan. muga allah juga memberi kesabaran padamu dalam mendepani liku-liku hidup.

ahmad humairi berkata...

salam,

kalimah yang selalu dituturkan,
apabila kita pergui menyahut seruan Ilahi,

..............Allah lebih menyayanginya.

jangan bimbang, Allah menyayangi hambanya yang bersyukur nikmat!

Dama-Ulan berkata...

kita ini umpama belulang..
gerak kita, tutur kita adalah hak Pak Dalang...
cerita kita dh memang tertulis..
dunia ini umpama pentas..
akhirnya akan gelap, sunyi dan ditinggalkan...

Walauapa pun jadilah belulang kesayangan Pak Dalang yg akan disimpan ditempat yg khas lagi terjaga buat selamanya...

hentian berkata...

bersyukur itu satu perkara. reda dengan apa sahaja yang ditentukanNya juga satu perkara.

walaupun dunia ini cuma pentas dan kita sekadar belulang, kita masih tetap berhak memastikan diri kita terpelihara dan terjaga.

apa apa pun, nasihat kalian amat bermakna!

DDrfauziah berkata...

Aslmkm IM.
Allah SWT sudah berfirman bahawa manusia mmg dijadikan untuk mengabdikan diri padaNYA ... segala dugaan adalah termampu dilaksanakan maklukhNYA ... dugaan adalah juga pengukur keimanan utk balasan di SANA.
Dhaifnya manusia itu bergerak selaras beiring tahap keimanan mereka ... sering serakah mengikut hawa nafsu, mudah kalah dengan bisikan syaitan - pendek kata sering goyah iman mereka.
Memang tidak mudah! Allah SWT juga tidak berfirman semuanya adalah hanya sekadar kehadiran saja ... senang atau derita, kaya atau fakir, semuanya adalah ujian & dugaan belaka.
Jadi IM, tabahlah, sabarlah & bersyukurlah kerana kita dituntut untuk mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata.

Acik Erna berkata...

IM..semoga perjalanan yang panjang..akan berakhir dengan kegembiraan..

hentian berkata...

DDrfauziah n kak Erna,

Memang banyak kadangnya IM tewas dengan bujukan. Namun syukurnya kerana IM masih boleh bertahan.

Dan memang IM amat berharap perjalanan berkerikil ini akan berakhir kerana IM rindu pada perjalanan IM dahulu. Perjalanan di medan dakwah bersama NGO.

Amat sabar IM menanti masa itu...

CgMas berkata...

Err.. ini blog En IM ke? 20 tahun yg lepas? Whoa..

CgMas berkata...

Err.. ini blog En IM ke? 20 tahun yg lepas? Whoa..

CgMas berkata...

Err.. ini blog En IM ke? 20 tahun yg lepas? Whoa..

hentian berkata...

err...rileks. jangan terkejut..heh..heh..

handsome tak? 2o tahun dulu la...ek..

FaAtip berkata...

tahniah en IM sbb sabar jaga isteri. buatlah yg terbaik ye. bila2 rasa stress tu, ingatlah Allah sentiasa bersama kita. cuma kadang2 en IM kena ada masa untuk diri sendiri...relax2 pegi minum teh tarik ke.... :)

hentian berkata...

he..he.. macam tau-tau je.