Ahad, 15 Ogos 2010

Bob

2 hari ini aku relaks sikit dan dapat pergi solat di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq hampir setiap waktu. Along atau kekadang aku terdengar dia membahasakan dirinya Bob (dengan kawan-kawan serumah sebab badan dia besar agaknya!) ada balik dari KL. Jadi dia lah yang memasak.

"Ayah dah jemu makan lauk tunjuk-tunjuk ni. Sat g ayah p market. Along masaklah apa yang patut ya."

Tapi tu dia la, lintang pukang dapur dibuatnya.

"Along ni belum cukup terel la. Memasak tu memang pandai tapi seninya tu tak ada. Ayah kalau memasak, singki tak la penuh sampai macam ni. Tengok, hinggakan tangkai bayam bersepah sekali dengan sudu mangkuk dalam singki ni. Tak pandai 5S la Along ni.."

"Kabinet dapur ni kecik la ayah. Nak potong sayur, nak letak mangkuk pun tak ada ruang."

"Yang tu tanya ibu la..." aku malas nak komen.

Tapi aku bersyukurlah juga dapat anak-anak yang seperti ini. Walaupun bukan sangat pandai dalam pelajaran maupun dalam agama tapi setidak-tidaknya bukanlah ke tahap menjadi sampah masyarakat seperti yang ramai aku lihat dan dengar.

Dan paling aku gembira dengan Along hari ini ialah ilmu yang dipelajarinya di KLMU dapat aku nikmati sepertimana baliknya kali ini membawa...


Jenama Compaq CQ42. Harganya kurang beberapa ringgit dari RM2k. Itu pun katanya semua perisian dia install sendiri guna Windows 7.

So, cita-cita aku nak miliki laptop dah dapat. Tinggal satu lagi yakni nak beli talipon bimbit yang ada kamera cyber shot berfungsi internal zoom. Itu semua bukannya untuk apa. Senang berblogging.

Inilah realiti kini kehidupan aku. Duniaku hanya di rumah, ditempat kerja dan di alam siber...

p/s: aku selalu berdoa muga aku akan kembali ke dunia sebelum ku, dunia bersama masyarakat!

13 ulasan:

CgMas berkata...

Wishlist En IM:
laptop
kamera+cybershot+internal zoom
berukhuwah

Dapat satu ok kan?...

Ini bukti saya telah membaca n3 En IM ya!

Acik Erna berkata...

salam IM..alhamdulillah..walaupun along tak ada seni didapur..sekurang2nya..along dapat membantu ayah..tak perlu pi tunjuk lauk kat pasar ramdhan atau pun restoren..

hentian berkata...

CgMas,
tengkiu many-many cause read my writting. i will put ur blog at my sidebar.

kak Erna,
dah letih la tunjuk lauk kat restoren maupun bazaar ramadahan. letih pikio...

kakcik berkata...

Salam IM..

suami kakcik pun lebih glamor dengan panggilan Bob di kalangan rakan2nya. Naka kata besar, taklah besar mana.. Along kakcik lagi besar. Mungkin sebab namanya Mustapha, jadi terpengaruh dengan pelakon lama yang bernama Bob Mustapha (arwah) tu agaknya...

Hari ini besar kemungkinan tiada lauk tunjuk-tunjuk atas meja kakcik. InsyaAllah. :)

hentian berkata...

IM pula kalau ditempat kerja depa suka panggil abu-san.

kalau di kalangan geng nasyid dulu depa panggil abuya.

heh..heh.. pecah pulak rahsia den...

Ariff Budiman berkata...

Wah IM. Dah dapat laptop baru nampaknya. Saya baru cukup kumpul duit tapi tak beli lagi sebab dok guna laptop compact anak dulu. Biar kumpul banyak sikit baru boleh nampak nak beli apa

maiyah berkata...

biar le bersepah.. dah setel nnti kemas balik le tu

hentian berkata...

Ciman,
harapkan laptop baru je la. tapi orangnya masih lama..

maiyah,
nak habaq mai... yang mengemas tu ayaaaaahhhhh.. la jugak!

iqbalsyarie berkata...

Ya...saya doakan yg terbaik kpd IM dan keluarga :)
Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)Cerita terbaru di blog.kisah si tudung labuh~

bearcat berkata...

Kalau lelaki gemuk org selalu panggil BOB.
Kalau perempuan gemuk nak panggil apa pulak....
MOB agaknya haha.

hentian berkata...

iqbalsyarie,
tkasih kerna tak jemu mendoakan IM.

bearcat,
perempuan gemuk? erksss... no komen...

ibuintan berkata...

salam IM..
wah.. sukeernye dapat laptop baru, alhamdulillah kan dah dpt pemberian drp anak, along tau ayahnya suka berblog, makin senang nak buat entri kan...
biasalah org lelaki yg jarang2 ke dapur memang dapur berantakkan jadinya, lain lah IM yg dah pro...

hentian berkata...

kalau nak kata IM pro, tak juga. IM cuma tau masak goreng je. Habis kuat gulai lemak. tapi masak kari IM tak pandai.

IM bercita-cita supaya anak-anak IM pandai urus dapur dan kemas rumah. namun nampaknya.....