Selasa, 24 Ogos 2010

Selagi Bergelar HambaNya!

Kehidupan ini benar-benar menagih kecekalan, tenang dan pasrah yang bukan calang-calang. Huu... tak sangka begini rupanya suratan hidupku di penghujung nafas ini. Segala tunjukajar yang aku terima dari mak, abah dan liku-liku pengalaman rupanya amat berguna dan telah berjaya membentuk aku menjadi insan seperti hari ini. Berjaya mempertahankan aku dari tersembam atau terpesong dari arah destinasi.


..... hartaku di dunia dan muga di akhirat jua....


Pagi tadi semasa di ofis, output kerjaku hampir 0 di waktu pagi. Apa saja yang aku buat serba tak kena seperti berada di atas awangan. Tersilap rekod, tidak tahu hendak mula dari mana. Fikiran aku terganggu dengan ilusi masa depan Akhmar. Masih terganggu dengan geraf prestasi kesihatan ibu_suri. Masih terkapai-kapai dengan wawasan persiapan walimatul urus Angah. Semuanya menerjah benak dan fikiranku, kiri kanan. Dan aku terasa kesaorang bergelut dengan semua ini.

Aku bangun lewat sahur tadi pagi. Terasa berat mengekang badan dari perbaringan. Terkocoh-kocoh memasak nasi. Pecahkan telur ke dalam mug dan letakkan ke dalam singki bertujuan hendak mengacau dengan garpu sekejap lagi. Entah bagaimana terlupa, basuh pula piring dan akhirnya air basuhan masuk ke dalam telur.

Aku tepuk dahi yang tak bersalah apa-apa. Sendirian aku mengeluh di dapur dan tertanya-tanya diri sendiri, kenapa hari ini?

Tidak teringat pagi Isnin jalan ke jambatan Pulau Pinang memang kebiasaannya sesak. Kesesakan ini seperti tidak akan habis-habis seperti juga cabaran-cabaran hidup yang mahu tidak mahu aku kena tempuh selama bergelar hambaNya!

10 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Aku pun kekadang macam tu juga. Nak goreng telur tapi bawang besar yang masuk kedalam kuali. Nak buat macam mana yob. Bersabar saja le. Insyaallah dengan banyak berzikir hati akan tenang. Itulah yang aku lakukan. Sambil masak aku lagukan lagu-lagu zikir yang aku ingat. alhamdulillah.

kakcik berkata...

Salam IM..

kita memang tak lepas dari alpa dan lupa. Terjadi pada kakcik 2 hari lepas.. nak tuang kuah asam pedas ke dalam piring, tertuang ke dalam ayam mentah yang hendak di goreng! Maha Suci Allah yang tak pernah leka dari memerhatikan kekhilafan hambaNya.

ibuintan berkata...

selamat berpuasa hari ke 14,
sesungguhnya kita sebagai hambaNya memang tidak dapat lari daripada cubaan dan dugaan.

hentian berkata...

satu lagi, IM nak proses udang. kulit IM bubuh dalam mangkuk, isi udang IM buang dalam tong samapah.

apa punya turr....

ahmad humairi berkata...

salam,

mane membuatnya...
dah banyak pikio..
istighfar aje.

sahromnasrudin berkata...

salam ziarah..semoga tuan blog dan keluarganya sihat sejahtera :-)

hentian berkata...

arrghh...doa sajalah senjata terakhir IM.

maiyah berkata...

hehe, sian dahi tu x bersalah.. kita kan manusia biasa mmg slalu buat silap ye tak.. beri kita pengajaran utk masa kan dtg

hrusli61 berkata...

Tak pa silap dan lupa kekadang terjadi kerana kita hilang fokus. Badan di situ tetapi fikiran ke lain.

Bersyukurlah Allah masih memberi peluang kepada kita. Terus berikhtiar dan berdoa tambahan di bulan Ramadhan ini.

hentian berkata...

hmmm.. memang pun. kita belajar pun dari kesilapan juga ya...