Khamis, 8 September 2011

Ada Yang Belum Sudah

Hari ini
aku terfikir untuk kesekian kali
masih berpeluangkah agaknya
bernafas untuk sehari lagi.

Kelmarin
aku alpa lagi
hanya kerana perut dipulas angin
miss satu waktu solat subuh hari.

Esok
berpuasa lagi
walaupun sebenarnya berat bukan main
namun aku gagahi hati.

Mak
aku rindu kampung
kalau tidak kerana isteri dan anak-anak
sudah lama aku pulang ke gagang.

Abah
maafkan aku
kerana tidak sempat memeluk
dan mencium tubuh kecil abah.

Opah
entah kenapa hati rasa tersentuh
bila @dik bercerita tentang Asmah!

10 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum IM...

ada ketikanya kita ingin bercerita, tapi kita kehilangan kata-kata...

MulutPayau berkata...

IM...Salam Syawal..semoga IM sihat ..

S..U..D..@..I..S berkata...

kadang2 kita terkenang dan mengenang
biar kenangan yg indah2

insan_marhaen berkata...

kakcik,
memang dari sekolah menengah lagi IM suka meluahkan perasaan hati melalui puisi.

MP,
Alhamdulillah IM masih sihat dan sedang menghabiskan puasa 6 bersama ibu_suri.

sud@ais,
setiap peristiwa kan menjadi indah bila bertukar kepada kenangan.

Mario berkata...

sedih pulak baca sajak IM ni...kena pulak dengan lagu...

Wanita2u berkata...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

Temuk berkata...

Bila hati tertekan, madah di mulut atau coretan di kertas, membantu mengurangkan tekanan. Ada kala kita mampu berbuat sesuatu, ada kalanya kita tak mampu. Apa pun yang kita abadikan dalam tulisan, mungkin suatu hari ia jadi kenangan. Yang amat manis! Salam bahagia.

nyanyisunyi berkata...

Sayu pilu bila mendengar rintihan hati insan yg senasib..:(

NzA berkata...

itulah rintihan anak-anak diperantauan..bersabarlah hati.

insan_marhaen berkata...

Mario,
Lagu lama kenangan masa IM masih remaja di kampung.

Wanita2u,
Keep on with ur buisness.

Temuk,
Memang pun. Menulis adalah satu terapi untuk jiwa yang inginkan kedamaian.

NyanyiSunyi,
Ia sekadar tulisan. Tak perlu diikutkan kesedihan sebenarnya..

NzA,
Sekarang ini IM terasa janggal pula bila balik kampung akibat telah lama ditinggalkan!