Rabu, 22 Februari 2012

Nasi Goreng Belacan

Aku bersama adik-adik dan anak jiran - 70an

Aku dan ibu_suri pergi sekali lagi ke Restoran Kak Wan di Kulim untuk makan malam. Aku tak mahu makan yang berat lalu bercadang memesan mi goreng saja. Tapi ibu_suri menggerutu dan seperti memaksa aku makan nasi.

Bila pelayan membentang senarai menu, mata aku liar mencari jenis nasi yang aku rasa serasi dengan kerongkong aku ni.

"Nasi goreng belacan dengan air suam."

Berkerut kening ibu_suri sambil mengorak senyum. Nasi goreng belacan?

"Itu makanan yang selalu abang makan masa kecil dulu. Sarapan orang miskin," terangku.

Aku teringat semasa aku kecil dan terpaksa menjaga adik-adikku seramai 6 orang bilamana emak terpaksa berpagi-pagi menoreh getah. Kalau tak goreng cekodok colek dengan sambal tumis atau masak lempeng yang digaul kelapa; goreng nasilah jawapnya. Oleh kerana terlalu kerap goreng nasi; untuk tidak terasa jemu maka kena kreatiflah. Samada goreng nasi dengan sambal, atau dengan halia atau dengan belacan.

"Tapi nasi goreng belacan sini tak sama macam yang abang masak dulu. Dia tak bubuh banyak bawang, ikan bilis dan cabai kering. Ni, nasi goreng belacan Kulim mali, agaknya.." ujarku sambil ketawa.

Seperti selalu, apa saja yang aku makan aku akan tinggalkan sedikit untuk dirasa bersama oleh ibu_suri. Hiba pula hati ini bila teringatkan zaman-zaman aku hidup susah bersama adik-adikku di sekitar tahun 60an.

Al Fatihah buat Latif Ibrahim; yang juga popular di zaman aku masih bersekolah dulu!

14 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

selamat pagi IM

ayu suka makan nasi goreng belacan, tapi lepas makan gatal2 hidung..
ada resdung.. hehehe

PS: al fatihah bt arwah Latiff Ibrahim

kakcik berkata...

Kakcik pernah makan nasi dengan minyak lebihan goreng ikan sahaja...[:-((]

Kamsiah berkata...

nasi grg belacan sedap oooo...saya kenal belacan lepas jadi org kedah...

heartbreak berkata...

kami masa dok kat kampung dulu pun makan apa yang 'teghadap' je kata orang kampung saya, kalau dapat nasi goreng 'bujang' ke, cekodok pisang/kelapa ke dah cukup baik tak pernah abang/kakak/saya merungut, tu yang opah selalu puji kami 3 beradik sebab tak pernah komplen tetang makan minum, tapi bila kitorang dah dewasa dan ada anak sendiri opah tak sempat tinggal ngan kami pun samada abang/kakak mahu pun saya, walaupun pun kini hidup dah berubah (walau pun kami bukan kaya raya) teringin nak memberikan opah, mak ngan ayah sedikit kesenangan hidup, tapi opah ngan ayah tak sempat merasa keselesaan hidup setelah keperihan untuk membesarkan kami, cuma allahyarham mak sempat merasa menumpang kesenangan abang, sekarang ni bila kami 3 beradik menziarah kubur mereka bertiga air mata tak boleh nak tahan lagi ... betapa besarnya pengorbanan mereka., betapa besarnya pengorbanan opah yang bergadai bergolok masa abang kat universiti dulu, ayah membanting tulang tak kenal penat dan mak yang tak pernah meninggikan suara pada kami walaupun sesekali saya sedar saya menyebabkan kesabaran mak tergugat (dan sekarang saya mendapat pembalasan bila anak bungsu saya mempunyai 'genetik biut/buas' macam saya masa budak-budak dulu ) .."what you give, you get back " - scorpion

Ibu n Abah berkata...

IM..
Kenangan IM menjaga adik dgn menyediakan sarapan mereka adalah sgt indah... Untungnya adik2 dpt abang yg bertanggungjawap... Itu yg Angah dan Along mengikut sikap IM. Alhamdulillah....

Deru Ombak berkata...

Saya goreng lagi sedap.. Haha
Gurau jek IM... :)

Mario berkata...

eh gambarlama ada lg...kngn mmg mengajar kita kan...

S..U..D..@..I..S berkata...

nasi goreng kampung ada belacan juga kan.ya ni biasalah....

Dinar berkata...

IM, dengar mcm sedap je nasi goreng belacan tu..next n3 boleh post kan resipi kot...hehehe

Mohd Sukur Ibrahim berkata...

hai IM..terima kasih selalu singgah blog saya...saya memang buat bisnes karpet dll.. ade kat tab sebelah kanan blog saya SYARIKAT SAYA, IM klik kat situ hehehe

LadyBird berkata...

uncle im.. romantiknye.. kalau lady, lady share separuh2.. sebab nasi lady pun lady nak suh suami lady rs jugak :P.. hihihi..

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Untuk adik2 IM dapat abang seperti IM. Semoga segala kebaikan IM dibalas dengan kasih sayang oleh adik-adik IM.

Tak pernah makan nasi goreng belacan sebab 'abang; tak boleh makan belacan kerana goutnya tu.

Anonymous one berkata...

Suka makan nasi goreng dengan telur, isi ikan, kacang panjang atau apa saja yg ada boleh di buat goreng dengan nasi...

NzA berkata...

kenangan yg indah tu bila tilik semua gambar2 lama..70an, sy baru dilahirkan....