Jumaat, 1 Jun 2012

Sebagai Lone Ranger

Dah sebulan Akhmal terdampar di rumah, tidak boleh berjalan kemana-mana melainkan ke klinik setiap pagi atau malam untuk dressing. Aku perasan, boringnya itu sudah mencecah tahap gaban.

Tapi ibu_suri lagi lama. Lebih 4 tahun sejak November 2007. Terperuk di rumah; tidak lagi aktif mengajar di tadika, aktiviti NGO bernama JIM dan dalam wadah politik semasa.

Tapi tentunya yang lebih hebat adalah aku yang terpaksa menjaga dan mengurus kesemua mereka. Makan minum, mandi tidur, tempat tidur dan pakai buang,   kemas rumah, rawatan hospital dan yang paling hebat ialah melayan emosi mereka yang kekadang ketidakstabilannya cukup menggegarkan kekuatan dan kesabaran seorang suami, seorang ayah hatta seorang lelaki.

Kini aku perasan, boring mereka berada di tahap gaban. Celik saja mata, ibu_suri akan bersuara... abang, boring la! Jom ronda....?

Hari ini aku cuti kerja kerana ganti hari cuti umum esok. Sepagian aku keluar dengan Wira menguruskan dressing kaki Akhmal. Balik rumah, sediakan makan, minum dan ubatnya. Kemudian aku keluar semula untuk hantar Wira untuk servis.

"Brek depan kereta ni kena tukar. Makan tak sama. mounting absorber juga elok tukar." Ujar mekanik Asia Tayar, pekan Penanti.

Selesai tiu aku ke Pekan BM untuk uruskan pembayaran hutang kawan dan bank in duit tunai yang bersepah-sepah dalam kocek, beg dan fail kotak. Tak dan nak susunatur dek kalut ke sana kemari.

kenangan dari sini
Sebelum solat Jumaat di Masjid Sheikh Abdul Kadir, Sungai Rambai; aku rileks kat Restoran Nasi Kandar Popular. Makan roti canai, minum kopi Radik sambil melayari internet dengan netbook kepunyaan Along yang dia dapat secara percuma semasa mendaftar Streamyx dulu. 

Patutlah TMnet boleh bagi free. Processor yang digunakannya adalah Intel Atom. Kata kawanku, Intel Atom ni ngarut sikit. Lembab!

Memang pun.... Harap-harap tindakan dan sikap aku tak lembab macam netbook Along ni. Sebagai Lone Ranger dalam rumah aku kena cekap, teguh dan kuat semangat..kan...kan...!

15 ulasan:

kakcik berkata...

Ya betul. IM kena sentiasa kuat dan sememangnya IM seorang yang kuat dan tabah.

makchaq berkata...

Orang sakit memang emotional.. dan IM memang seorang yang tabah.

roslaini saad berkata...

Setelah menempuh situasi yang hampir sama...saya kian mengerti betapa peritnya menjadi individu seperti IM....mengurus seorang sahaja pun dah terasa penat..apatah lagi kalau ada dua yang perlu diuruskan..

insan_marhaen berkata...

kakcik,
Mak IM lebih tabah jiwanya dari IM kecil hingga sekarang ini dia mengalami kelumpuhan sebelah kiri badan.

makchaq,
IM pun kekadang emosional juga.

roslaini,
Ya.. memang memenatkan hingga mengenepikan kepentingan diri.

Granny Hani berkata...

yes, kena kuat, tabah dan redha..Akak percaya IM memang dah sentiasa macam tu punn...

Kunang-Kunang berkata...

Salsm IM,

Tabahkan hati dan jaga kesihatan diri sendiri juga.

mama maman aka yana berkata...

relax2 sendiri utk tenang... sy pun duks gitu.. ambik masa utk diri sendiri... :-)

insan_marhaen berkata...

hani,
yes!yes!

kunang-kunang,
hemm... teringat dah lama tak riadah di mengkuang dam. sejak kena hantar akhmal p dressing tiap pagi!

mama maman,
ya.. perlu curi sedikit masa untuk beruzlah. fikir diri sendiri dan hari esok.

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum IM..

Teruskanlah kehidupan untuk hari ini, esok Dan seterusnya dgn semangat yang tabah Dan kuat.

P/s. Dah dpt talipon mak?

norh berkata...

Tapi kan im..kalau im tak sibuk mcm ni, tak rasa mencabar pulak kan..nanti mesti im boring...

Citarasa Rinduan berkata...

rindu dengan entry IM..
m,aafkan ayu lama tak singgah kesini.
sbnarnya ayu kurang aktif BERBW

kalaulah ayu dengan dengan ibu suri.. pasti ayu akan htrkan pelbagai donut dan sosej, malahan pizza buatnya,

IM,.. kamu seorang lelaki y sangat tabah,,
moha akhmal cepat sembuh,, moga ibu suri sentiasa sabar dengan sakitnya

maiyah berkata...

Assalam.. sy tukar URL, dlm bloglist cite maiyah dah removed..

Dinar berkata...

IM, syukur masih ada ruang utk menulis, sekurang2nya boleh jugak break rutin harian tu...hrp terus tabah..

insan_marhaen berkata...

deru ombak,
masih belum dapat berbual dengan mak. agaknya talipon mak rosak!

norh,
betul tu agaknya. sesekali terfikir juga...

cr,
masing masing dengan kesibukan sendiri. mula zalie juga sihat dan membantu cr dalam mengurus kehidupan seharian.

maiyah,
muga terus komited dengan blog. bagi IM blog lebih mampu menyerap segala suara hati kita berbanding FB.

dinar,
ya.. syukur kerana IM boleh menulis, minat menulis dan masih ada ruang masa untuk menulis.

hrusli61 berkata...

Lone Ranger pun ada TONTOnya yang sentiasa membantu.