Along menalipon aku dan menasihati supaya membuat tempahan tiket balik. Takut nanti tiket habis, katanya. Bukan aku tak terfikir hal itu tadi tapi aku masih teraba-raba nak balik bila dan dengan apa.
Akhirnya aku tetapkan pendirian mendengar nasihat Along. Ambil keputusan balik juga dengan bas sepertimana datang tadi. Selesa untuk tidur, bisik hatiku.
Namun masalah lainnya pula ialah nak naik bas apa dan pukul berapa? Agak lama juga aku duduk di kerusi memandang kaunter bas yang berderetan hingga rambang mata. Program dijangka tamat jam 5. Aku perlu ada waktu saku untuk makan, mandi dan sembahyang. Akhirnya aku memilih waktu bertolak jam 9 malam. Aku mendapatkan tiket bas Seasons dan akan menunggu di platform 7. Risau pun ada.
Sesampainya Along, perkara pertama yang ditanya ialah;
"Ayah nak buat apa dulu?"
"Mandi dan makan!"
Entah kenapa aku tiba-tiba teringat Restoran Anuja sewaktu menaiki tangga ke kaunter tiket tadi. Nama Anuja sendiri meragukan aku tapi herannya ramai yang berketayap dan memakai mafla hijau putih duduk makan dengan selamba. Tak nampak pun tanda halal malah tulisan Tamil terang-terang ada di papantanda.
"Kalau nak mandi, di KL Sentral lebih mudah," seru Along. Pelik aku dengan nama Sentral ni. Apa punya tatabahasa da...
Along tak tahu agaknya yang aku ni dah puluhan tahun tak naik motor. Tambah pula membonceng melalui celah-celah lori dan bas. Sekejap selekoh tajam sekejap melompat ke atas bonggol jalan. Gayat rasanya. Bahu Along dan beg galas aku pegang kemas.
Sesampai di KL Sentral aku mencari bilik mandi berbayar. Aku tak biasa dengan budaya musafir di kotaraya begini. Kalau bermusafir dalam hutan aku biasalah.
Memang banyak perkara baru yang aku belajar semasa di sini. Panjang deretan orang menunggu giliran. Pasti mereka ini bertujuan sama seperti aku, bisik hati. Hari ini taukeh bilik mandi tentu senyum panjang sebab bisnes ada untung!
Sambil mandi aku terdengar suara di luar yang deras bertanyakan kawannya dimana rokok yang dipinjam tadi. Ciss... apa punya turrr.... Konon berhimpun untuk menuntut keadilan dan kebersihan dalam pentadbiran kerajaan tapi keadilan dan kebersihan diri sendiri dan keluarga buat tak peduli. Kan rokok itu salah satu agenda Yahudi untuk melemahkan jatidiri rakyat dan negara yang dijajahi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan