Selasa, 22 Januari 2013

Makhlok Halus Itu

Masa aku menyertai kelompok KL112 bulan lepas, aku diberitahu bahawa kakak ipar yang mengasuh cucuku - Marissa diserang angin Ahmar. Ketika mereka sekeluarga makan di gerai, anak sulongnya perasan mulut mama mereka senget dan air minuman meleleh jatuh di sudut bibir.

Mereka segera kejarkan mama mereka ke Hospital Seberang Jaya. Mama mereka di tahan di wad dan disahkan sebahagian saraf otaknya mengalami blood clot. 2 hari selepas itu dia dibenarkan balik kerumah dan aku sempat menjenguk. Memang, perubahan sikapnya akibat mild stroke persis ibu-suri juga - kebudakbudakkan.

"Mudah sungguh manusia ni dapat stroke," bisik hatiku. Betapa rapuhnya manusia ini. Tapi itupun masih ramai yang melupakan tanggungjawap mereka terhadap Tuhan.

Memang kecoh sekejap Angah dan Ayu kerana tiada siapa yang boleh menjaga Marissa. Terpaksa mereka ambil cuti. Masa itu ragam ibu_suri juga bukan kepalang. Dia mahu menjaga Marissa yang kononnya lebih berhak. Aku terpaksa memainkan peranan secara halus dalam menangani situasi ini.

Sekali lagi aku berpesan pada Angah yang mula nampak hilang punca; "Masa inilah yang selalu ayah pesan - menarik rambut dari tepung; rambut jangan putus, tepung jangan tupah. Ini baru sebahagian kecil dari permasaalahan hidup yang perlu kau pikul."

Geleng kepala juga aku bila birasku yang memang aku tahu suka sangat berjumpa bomoh; di malam itu juga mereka pergi berjumpa Pak Su. Kononnya Pak Su berjaya menangkap makhlok halus itu dan memenjarakannya ke dalam botol. Ditunjukkan kepada aku gambar makhluk halus itu di ketika sambutan Hari lahir Marissa baru-baru ini. Kepercayaan aku?   Ah.... cuma 50-50.

Namun aku berpandangan rawatannya selepas itu dengan Al Jabbar di Tanah Liat itu lebih munasabah. Boleh nampak banyak perubahan kesihatannya berdasarkan karektornya yang semakin normal.

Semua fenomena ini memberi pengajaran dan renungan terbaik buat aku. Aku memang selalu begitu - suka melihat apa yang terjadi kepada orang lain dan membandingkan dengan diriku sendiri.

Aku mesti terus menjaga kesihatan ibu_suri sebaiknya dari serangan angin Ahmar yang ke 2. Tidak ketinggalan kesihatan diriku sendiri, adanya. Aku amat berharap agar Allah mengasihani diriku yang kerdil lagi marhaen ini! 

6 ulasan:

abu muaz berkata...

Assalamualaikum . Di pagi subuh yang hening ini saya doakan moga tuan diberikan kekuatan dan dipermuadahkan segala urusan. Amin

Anonymous one berkata...

Amin IM moga di beri kesihatan yang baik!

BungaTulip berkata...

Assalamualaikum IM...

Pertama sekali saya mendoakan moga diberi kesihatan yang baik buat IM, ibu_suri dan keluarga keseluruhannya

angin ahmar, disebut juga sebagai strok awal tahun ini telah menyerang bonda saya. serasa tidak percaya bonda yang dahulunya aktif dan tidak pernah mengadu sakit kini terlantar.

ku kira ini ujian Tuhan buat kami sekeluarga, kami tidak punya apa cuma bonda seorang. mengharapkan ada sinar harapan buat bonda pulih semula.

setiap bulan pulang ke kampung di negeri bawah bayu itu, menjenguk emak, membisikkan kata2 semangat di telinganya agar kuat menghadapi segalanya. tidak lupa mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat bonda yang tercinta.

❤Kamsiah❤ berkata...

saya jadi 'takut' membacanya...kesihatan yg diberi boleh ditarik bila2 masa...

ANIM berkata...

betul IM..masa ayah saya dikesan kanser darah, ramai yg nasihat ayah supaya berubat tradisional namun..
ayah lebih ke arah pengubatan moden. mungkin serasi dengan ayah (dengan izin Allah jua, ayah sembuh).. 13 tahun berlalu..ayah kembali sihat. sebenarnya, hati kena +ve dan jgn fikirkan langsung tentang penyakit.
bukankah sakit itu penghapus dosa dan doa orang yg sakit itu mustajab?

Jay Ar berkata...

Teringat jiran depan rumah yg bulan lepas mengalami sakit saraf hingga tak boleh berjalan. Bila pergi ke satu "Pusat Rawatan Islam", ustaz tu nak RM9,000 utk menghalau jin yg ada di tubuhnya. Tapi dia akhirnya memilih rawatan di hospital kerajaan. Sekarang insyaallah dia perlahan2 dah boleh berjalan dan minggu lepas dah boleh memandu kereta...