Jumaat, 12 April 2013

Alahai Kari Kepala Ikan

Antara gulai yang aku suka ialah kari kepala ikan. Acapkali ibu_suri tegur kegemaran aku ini;

"Tak elok amal makan kepala ikan ni, tau bang. Cepat jadi pelupa!"

Dalam hujan lebat balik dari hantar mak menunai umrah di lapangan terbang Pulau Pinang tadi, ibu_suri tiba-tiba mengusul untuk beli nasi kandar di Restoran Deen, Jelutong. Seperti yang di duga, memang sudah ada que panjang walaupun hujan lebat sejak sejam lalu.


Aku beli 2  bungkus nasi kosong dengan ayam untuk ibu_suri dan kepala ikan untuk aku sendiri. Angan-angan mula terpateri akan keenakan menyedut daging ikan di celahan tulang. Selesai bungkusan, aku masuk ke dalam kereta. Bau wangi masakan mamak Penang segera menerjah ke segenap penjuru.

"Itu bungkus apa?"

"Kepala ikan."

"Untuk I esok pagi ke?"

Argghhhh..... " Ha'ah...." Aku angguk sambil mengunci tali keledar.

Entah kenapa aku terlupa nak belikan lauk asing untuk ibu_suri makan pagi esok sebelum rutin memakan ubat psikiatriknya itu. Malas nak keluar semula berhujan untuk beli lauk yang lain, aku terpaksa kuburkan angan-angan yang terpateri tadi. 

Memang beginilah terkadang aku. Dek terlupa atau tersilap buat pesanan, aku terpaksa korbankan keinginan atau menelan sahaja kesilapan itu walaupun pahit!

7 ulasan:

Anonymous one berkata...

Betul-betul berkorban ya IM

❤Kamsiah❤ berkata...

hehe..takde rezeki nampaknya..:)

TUN TIJAH berkata...

dah lama x makan nasi kadaq P.Pinang.

makchaq berkata...

Kepala ikan kan besaq.. kongsi la berdua..

pB berkata...

Kasih sayang perlukan pengorbanan

ANIM berkata...

cuitlah sikit bagi tak kempunan...

Murni Alfathunnisa berkata...

setuju dengan makchaq,
kepala ikan besaq...IM dan ibu suri boleh kongsi makan berdua.

Deen ni memang antara nasi kandaq favourite saya....beratoq panjang pun takpa...