Memang lumrah. Kot manapun, antara mertua dengan menantu perlu jaga tingkahlaku. Bak kata orang - ketika masih wangi inilah perlu dijaga. Kalau dah busuk, tak ada gunanya lagi.
Bila aku sms Angah untuk minta izin guna Viva hari Rabu dan Khamis ini ke tempat kerja, dia membalas;
"Kna jaga perhubungan time ok ni. nt Angah tgai keta di umah, ayh nek bla perlu supaya xterasa."
Sebenarnya aku nak guna Viva itu untuk menunaikan hajat bapa mertuaku yang mahu menemui kawan lamanya di Bukit Jambul. Berbanding kancil, menaiki Viva lebih selesa bagi orang tua seperti dia yang memerlukan ruang besar di kerusi depan.
Sebagai seorang bapa dan bapa mertua aku tidak mahu sesuatu yang tidak elok terbit di celah perhubungan kami sekeluarga. Sebagai orang tua juga, aku dapat membaca yang tersirat di sebalik sms itu.
Justeru itu aku mengambil simpang yang selamat. Biarlah aku susah sedikit asalkan senang di masa hadapan. Aku teringat semasa aku masih baru dalam perkahwinan. Aku perasan, mak dan abah aku juga begitu berhati-hati bila bergaul dengan ibu_suri.
Sekarang ini tiba giliran aku. Jauh-jauh bau wangi. Bila dekat, hati-hati... jangan sampai berbau tahi!
8 ulasan:
tak terfikir pulak. mungkin saya masih belum sampai ke peringkat masa itu lagi kot....
Bila ibubapa senang, besar kemungkinan anak2 akan senang. Bila anak2 senang, belum tentu ibubapa boleh menumpang senang...
biasa dgr kata2 tu..bila dah jauh baru berbau wangi...baru menghargai..
ermm sesuatu yang baru untuk AO
Makchaq harap2 nanti bila sampai turn makchaq berbesan dan bermenantu dapat la hubungan baik dengan anak menantu/besan dikekalkan..
Mak bapak ni sentiasa berkorban dan mengalah untuk kebahgian anak2.. kan IM
yer benar..setuju sgt dgn IM
saya ader 2 menantu lelaki yg tinggal se daerah.baru ni saya dan suami ke kl/pwtc atas urusan perwakilan anjuran bank rakyat..kami sanggup tinggal/park kereta di stesen keretapi utk urusan pergi jam 10 mlm..dan kembali sampai di daerah kami jam 4.30pg..semata2 tak nk meyusahkan anak menantu.
Sekarang mak mentua tinggal dgn JR selepas kematian bapa mentua. JR tak tau bau apa, tapi rasanya sentiasa wangi sbb JR cuba lakukan yg terbaik utk mak mentua. Apa yg JR tak sempat lakukan dgn aruah ibu sendiri spt menyediakan minuman dan makanan utknya, membasuh bajunya dll (krn aruah ibu tak tinggal bersama kami) sekarang JR lakukan utk ibu mentua...
Ibarat menarik rambut dalam tepung...rambut tak putus, tepung tak berselerak...
Saya perlu kuat untuk menghadapi cabaran sebagai ibu mertua nanti, insya-Allah dalam 15 tahun kagi...
Catat Ulasan