Selasa, 17 Disember 2013

Ke Johor...2

Amin juga mengatakan yang syaitan iblis boleh menyerupai sesuatu. 

"Kekadang, dekat pintu tu ada kelibat lembaga. Sebab itu saya letak cermin kecil kat sini..." sambil menunjukkan cermin kecil di tepi tingkap tempat duduknya, tak jauh dari stereng yang dipegang. 

Ya... baru aku perasan ada cermin kecil melekap di cermin sisi pintu bas betul-betul bersetentang dengan pintu otomatik dimana kami semua turun naik tadi.

"Kalau saya perasan ada 'hamba Allah' tu di situ, saya akan sandarkan badan rapat ke kerusi supaya kelak nanti bila 'dia' terpandang cermin di sini dia akan terlihat mukanya sendiri. 

'Dia' sebenarnya tak tahu yang wajahnya huduh. Jadi bila diperlihatkan wajahnya dicermin ini, dia akan terkejut  dan hilang."

Dah macam sebahagian dari kepercayaan orang Cina pula, fikirku. Selalunya, di rumah orang Cina mereka akan letak cermin di pintu masuk rumah; dengan harapan kalau 'dia' nak menceroboh masuk ke rumah mereka, 'dia' tak jadi nak masuk bila terpandang cermin dan melihat wajahnya sendiri yang huduh.

Dalam hal ini aku tak ada komen apa-apa. Aku memang tak ada ilmu sangat untuk bincang pasal makhluk halus ni.

Mungkin kalau ada kesempatan aku akan bertanya pada blogger Warna Nostalgia. Blogger WN memang arif bab-bab ni. Dia pula ditakdirkan Tuhan memiliki kelebihan melihat benda-benda halus ini.

Kalau mengikut kata Amin, untuk sampai ke Johor mengambil masa sekitar 10 jam. Dari tadi aku perhatikan meter di dashboard memang tak jauh dari lingkungan 110km/jam. 

Hamid yang tidur di kerusi sebelah aku sudah jauh dengkurannya. Bas masih menyusuri lebuhraya dan kini mengekplorasi  pula negeri bijih timah dan getah asli. 


Malam-malam begini, bas dan lorilah yang menjadi pesaing bas Zarika kami ini. Sesekali mereka membunyikan hon sesama sendiri. Cara mereka berkomunikasi sesama sendiri gamaknya!...

6 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

kelebihan yg bukan semua org miliki..

Tanpa Nama berkata...

singgah KL tak?

JR berkata...

Saya tak fikir keupayaan melihat makhluk halus itu satu "kelebihan". Saya juga dah banyak kali melihat benda tu dalam pelbagai bentuk (pernah cerita dalam blog), saya merasa ia bukan "kelebihan" tapi satu "kesusahan"....

Abd Razak berkata...

Alam kita dengan mereka tak sama...

insan marhaen berkata...

kamsiah,
tapi IM selalu berdoa muga kelebihan seperti tidak ada pada IM.

sm botak,
tak singgah KL.

JR,
bagi orang yang memerlukan ia kelebihan. tapi bagi IM yang tak suka ia akan menjadi satu kesusahan.

Abd Razak,
Nasib baik tak sama. kalau sama, jebuh kita...

MulutPayau berkata...

Anak saya sllu mngadu nmpak benda2 tersebut..kita pulak mcm tak percaya..