Setelah selesai mengisi minyak, bas persiaran yang kami naiki keluar dari lebuhraya menuju kedai makan. Heran juga aku. Kenapa perlu ianya keluar dari lebuhraya?
Tempat singgahan yang tercegat di depan mata aku itu seperti menggaru yakin hati. Semuanya tulisan Cina. Ini kedai makan muslim ke ni, detak hatiku?
Aku menenemani bapa mertuaku ke bilik air. Belas rasa di hati melihat dia selangkah demi selangkah membetulkan letak kaki. Daifnya bilik air di sini, bisik hatiku.
Mata aku menerawang ke serata kedai yang ada di dalam food court ini. Rata-ratanya kedai Cina. Kalau adapun cuma pekerja Melayu ( atau Indon? ) tetapi tulisan di papantanda semuanya tulisan Cina menunjukkan bahawa pemilik gerai makan ini adalah Cina. Aku tercari-cari kut-kut ada logo Halal, hemm... tiada.
Surau di sini lebih daif dari bilik air. Aku diminta menjadi imam. Saf cuma muat untuk 3 orang. Aku cuba yakinkan diri aku bahawa bilik ini adalah bersih untuk didirikan sembahyang.
Selesai sembahyang, aku bertanya samada bapa mertuaku mahu minum atau tidak. Aku order kopi o untuk beliau sementara aku sendiri memesan capucinno. Tapi sebenarnya jauh di dalam hatku cukup ragu-ragu dengan kehalalan makanan di situ.
Setelah bapa mertuaku selesai minum aku minta dia beredar dulu sementara aku masih merenung cawan kopi di hadapanku. Ntah berapa kali kopi itu aku kacau. Akhirnya aku biarkan saja. Tak sanggup rasanya untuk menghirup. Terasa bersalah pula kerana mengajak bapa mertuaku minum tadi. Muga Allah mengampuni aku.
Di satu sudut aku ternampak satu papan tanda bertulis - UNTUK PEMANDU SAHAJA. Agaknya, itu ruang makan yang dikhaskan untuk pemamdu bas yang membawa penumpangnya makan di sini.
Fahamlah aku kenapa pemandu bas ini berusaha untuk exit lebuhraya dan singgah makan di sini. Rupanya ada ubi ada batas.
Aku menaiki bas tanpa minum apatah lagi makan apa-apa.
"Mana teh tarik I?" tanya ibu_suri yang memesan sebelum aku turun.
Aku cuma diam.
6 ulasan:
memang ada tempat makan mcm tu...seolah ada perjanjian memberhentikan bas kat situ...driver dapat makan/minum free sbg ganjarannya..
Kakcik ingat dulu2 waktu kakcik selalu naik bas ekspres KL-IPOH-KL, bas akan berhenti di Tg. Malim seperti keadaan yang IM ceritakan itu...
kalau saya pun, tak akan sanggup makn kat situ,tapi dah lama tak naik bas, last naik bas, masa nak balik Tganu kenduri arwah mak, tapi Alhamdulillah, setakat ni tak penah jumpa macam ni kat sebelah pantai timur, anak saya sekolah kat sana, tak penah cerita kisah camni.
ini kat machap kan? memang ada sesetengah syarikat bas ada perjanjian dengan pengusaha tempat makan ni. driver semua makan minum percuma sebagai balasan, sebab tu makanan kat sini agak mahal sikit...
Hahahaha...bas berhenti di kedai makan di luar laluan masih berlaku lagi? Budaya 50an tu...ada ubi ada batas, driver makan free kita pelanggan pula kena bayar berkali ganda...
Dulu saya pn mcm pak IM. Terfikir fikir nk minum tempat mcm tu tp bila dh keluar negeri terpaksa telan. Janji ia tidak meragukan....
Catat Ulasan