Rabu, 25 Disember 2013

Nasib Anak Cucu

Lepas hadiri kenduri seorang kawan di RECSAM, aku pujuk ibu_suri supaya singgah ziarah mertua. Alang-alang dah sampai Penang, umpanku.

Sesampai di rumah mertua di Taman Buah Pala, terasa badan ini kurang selesa. Aku berbaring di lantai beralaskan tangan di kepala. Mertua dan ibu_suri berbual sambil menghadap Astro. Aku memejamkan mata. Mahu tidur sekejap. Terasa benar di usia begini, badan cepat rasa lelah.

Bila di siar berita, juruberita membaca tentang adanya rancangan berhimpun untuk gulingkan Kerajaan pada 31 Disember ini. Respon dari mertuaku seperti yang aku duga. 

"Buat apalah nak gulingkan kerajaan. Kita dah elok aman damai sekarang ni."

Mau saja aku bangun dan beritahu;

'Abah... itu semua fitnah. Depa nak berhimpun bukan untuk guling kerajaan. Depa tu berhimpun nak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan yang menaikkan kos sara hidup kita sewenang-wenangnya.

Ahli Parlimen dah bantah dan persoalkan isu ini di Parlimen tapi Kerajaan masih bersikap tuli. Jadinya, rakyat bercakap di jalanraya.'

Kalaulah mertua aku mengatakan bahawa mereka yang turun berhimpun itu adalah mereka yang tidak sayang pada negara sebaliknya mahu negara huru-hara, aku kira mertua aku silap.

Mertua aku sebenarnya tidak tahu bahawa menantu dan cucunya ini adalah antara mereka yang pernah sama-sama turun ke jalanraya itu.

Dalam perjalanan balik ke rumah aku beritahu ibu_suri;

"Abang tak risau tentang kita hari ini kerana kita cukup wang untuk sara diri kita berdua. Yang abang bimbang ialah nasib hidup anak cucu kita. Kalau kos sara hidup tidak pernahnya turun, bagaimana mereka akan hidup. Tahu tak semalam Angah kata apa...?

'Ayah, duit seribu yang ayah bagi semalam, hari ini dah tinggal beberapa puluh saja. Keluaq macam ayaq...'

Tu, nasib baik ada ayah dia. Nanti kalau ditakdirkan ayahnya ini mati, sapa nak support dia bila dia dalam susah?"

Geram juga aku. Tak pasal-pasal ibu_suri menjadi papan dart!

9 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

anak cucu kita kesekolah nanti terpaksa bawak rm20 /30..:)

Tanpa Nama berkata...

Sudah2lah tu..tunggu pru akan dtg

Tanpa Nama berkata...

Mesir dah buktikan perhimpunan aman akhirnya jadi petaka buat negara mereka.....bukan sayang anak cucu tp bunuh anak cucu dan diri sendiri sekali

Tanpa Nama berkata...

Selesaikan masaalah rumah tangga dulu...dan baca blog Prof Kamil mengenai kenaikan harga barang dan erti kesyukuran dlm hidup...Anda tak pernah keluar melihat dunia luar dan jika anda selalu keluar negara anda akan merasa bersyukur nikmat yg dirasakan hidup di negara ini....dn dlm doa angin akhmar...ada dipenghujung doa mengenai kenaikan harga brg..bacalah doa ini walaupun sekali dlm kehidupan...

Tanpa Nama berkata...

Kita terlalu risaukan urusan dunia untuk anak kita..pernah tak terfikir ingat kah mereka untuk mendoakan kita bila mati nanti...

JR berkata...

Seronok juga baca lawak jenaka tentang GULING nie...memang kelakar habis. Tiba2 saja isu TURUN dah ditukar skrip oleh tangan2 ajaib itu kpd isu GULING pula. Pandai mereka yg berkuasa main reverse psikologi nak kenakan orang2 kampung. Samalah juga seperti demo Bersih dulu, mereka tukar skrip kpd perhimpunan Samsidar...

Memang kelakar!

sud@is berkata...

Ntahla nasib akan dtg, skrg pun dah terasa bahang kesulitan

insan marhaen berkata...

kamsiah,
mungkin itulah hakikatnya kelak..

tanpa nama 1,
ini bukan soal pru sebaliknya meminta belas ihsan kerajaan untuk menurunkan kos sara hidup yang menekan.

tanpa nama 2,
di malaysia, perhimpunan adalah aman jika tanpa campur tangan pihak ke 3. rakyat malaysia educated.

tanpa nama 3,
masaalah rumahtangga dan masaalah masyarakat berjalan seiring.

IM pernah keluar negara walaupun bukan selalu sebab IM bukanlah orang berada.

dah baca blog prof kamil seperti yang tuan sarankan sebelum ini.

tanpa nama 4,
ya... Itulah yang IM risaukan bilamana tiada doaalam barzah. Justru itu, IM selalu cuba untuk mendoakan arwah abah IM dengan harapan anak-anak IM juga akan mendoakan IM nanti.

JR,
biarlah luncai terjun dengan labu-labunya. Kita berusaha sahaja..

sud@ais,
kalau kita sekarang merasakannya, bagaimana anak cucu kita nanti?

Bunda_nora berkata...

salam singgah...