Selasa, 14 Oktober 2014

Kerana Maxis


Dah sampai rumah semalam baru perasan rupanya topup maxis yang tertera kat resit yang aku pegang itu ialah 60 ringgit.

"Biaq pi ayah. Salah Bangla tu la. Pasai apa dia tak check elok-elok..." celah Akhmal. Dia tentunya seronok sakan sebab tak pernah-pernah aku bagi topup sebanyak itu. Aku diam je. Tak guna bertekak. Anak aku yang sorang ni bukan reti erti susah orang dan dosa memakan rezeki tanpa restu empunya. Masuk pula campur tangan ibu_suri, akan lebih meruncing keadaan.

Jadinya, tadi aku senyap-senyap singgah semula kat Petron Jalan Baru, Perai. Buat-buat nak isi petrol supaya ibu_suri tak perasan.

Tampak sangat rasa terharu Rashid, siBangla tu... (agaknya lah... aku pun tak tanya dari mana asal dia tadi..). Mungkin dia tak menyangka. Beriya-iya dia nak beri aku sebotol Yogurt Marigold, Tanda terima kasih la tu... walau beberapa kali aku menolak kerana tak mahu ada sindrom termakan budi antara kami. Aku faham. Dah tentu bos dia akan potong gajinya. 50 ringgit pada Bangla tu aku percaya... banyak!

Aku memang selalu ke situ bila bawa ibu_suri jalan-jalan. Kekadang, kalau tak kerana petrol pun, aku singgah beli ais krim dan makan dalam kereta.

15 ulasan:

Etuza berkata...

Asalam IM, silap beli ke atau memang kesilapan maxcis tu, ala free ke yogrt tu..apapun tindakan yang bagus jg...

Kakcik Seroja berkata...

Tahniah IM. Allah tidak kepas dari memandang...

cikpinz berkata...

Assalam..Bagus tindakan yang diambil. Kadang-kadang kita memandang ringan hal macam ni sedangkan ada insan yang perlu menggantinya.

sud@is berkata...

Hanya kita dan Allah yang lebih tahu...

shaliza berkata...

Assalam IM...berapa pun nilai duit, ttp bukan hak kita kan...

pB berkata...

assalamualaikum ,

semoga Allah murahkan reseki IM dan ahli keluarga IM.

JR berkata...

Tahniah atas kejujuran IM. Percayalah semua kebaikan kita akan ada balasannya, kadang2 Allah bayar cash, saya pernah mengalaminya...

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Berjaya dgn ujian ini...
Kacang jer kan?

Unknown berkata...

Syabas.

Mario berkata...

hmmm...saya nak komen sama dengan yang kat atas2 ni....

NzA berkata...

Alhamdulillah.......mujurlah mamat bangla tu dpt orang macam IM.....

Bunda_nora berkata...

Tak salah pun terima pemberian Bangla tu IM... asalkan kita tahu antara sesama sendiri ada keikhlasan dan kejujuran di situ...

Alhamdulillah..

Kakzakie Purvit berkata...

Sifat jujur bukan oleh diajar tapi kena lahir dari diri sendiri. Buat bangla tu gembira pun dah satu nikmat terhebat... bayangkan kalau kena ganti 50 ringgit?

Jari Manis berkata...

jka berlaku jujur mungkin ada rezeki d tempat lain

ANIM berkata...

betul IM, sekecil zarah pun tindakan baik dan buruk kita, Allah akan balas.
syukurlah IM memilih utk berlaku jujur. susah nak cari orang jujur dalam dunia sekarang...