Ahad, 19 Oktober 2014

Segan


Melihatkan agak ketara kemurungan ibu_suri, usai solat Asar semalam, aku ajak ibu_suri ziarah orang tuanya di Taman Buah Pala. Renyai hujan sepanjang hari buatkan aku malas sekali nak keluar. Akhirnya sabar jugalah mengesot di Jambatan Pulau Pinang yang  di waktu begini memang jem.

Aku biarkan ibu_suri di sana sehinggalah dia sendiri memberi signal untuk balik ketika jam hampir 11 malam. Di rumah, tiada siapa melainkan abah dan mak. Jadi, akulah yang ke dapur menyediakan makan minum ibu_suri. 

Hampir tak mahu tunaikan solat Maghrib kerana segan nak ke pancoq untuk wudhu. Berat badannya yang memayahkan untuk bergerak. Tapi akhirnya dia mahu juga setelah aku pujuk;

"Jam 8 nanti ambil wudhu dan solat Maghrib. Tak lama lepas tu Isya' masuk, teruslah sambung."

Formula ini aku kutip dari cara mak aku di kampung. Mak yang lumpuh sebelah badan memang sukar untuk kerap ambil wudhu' di bilik air. Apa yang dia buat ialah tunaikan Zohor dihujung waktu dan sambung Asar di awal waktu dengan satu wudhu'. Bagi aku itu ruksah buat mereka.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pancoq (pancur) tu bilik air kan?

Kakcik Seroja berkata...

IM lebih tahu bagaimana hendak 'melayan' ibu_suri...

JR berkata...

Itulah cara bersolat terbaik utk mereka yg hadapi masalah kesihatan, walaupun ia sesuatu yg perlu dielakkan oleh kita yg sihat....

Cikgu Ma berkata...

segan nak belek blog sekarang ni...

hrusli61 berkata...

Kita yang agak sihat atau kurang sakit ini kena sentiasa beringat syukur masih boleh mendirikan solat.

sud@is berkata...

Yang terbaik untuk yang uzur, yang sihat hendaklah diawal waktu kan IM...

insan marhaen berkata...

smbotak,
betul tu. segan pulak maksudnya malas..

cikgu ma,
segan masih tak apa jangan cerai talak 3..hi..

kakcik,
yalah... dah 3o tahun bersama.

jr,
ya.. lebih baik daripada dia amalkan sikap qadha'..

hrusli61,
betul tu. malah yang sakit juga masih perlu syukur sebab masih sempat untuk berbuat ibadah..

sud@is,
solat awal waktu antara perkara yang perlu disegerakan selain urusan jenazah.