Jumaat, 3 April 2015

Mertua


Hari ini aku akan ke Taman Buah Pala, Bukit Gelugor untuk ziarah mertua. Ini rutin mingguan. Kekadang bila tak dapat datang, bertalu-talu soalannya bertaanya - kenapa.

Selalunya aku pergi pada hujung minggu namun mulai minggu ini nampaknya aku kena pergi pada setiap hari Jumaat. Beliau dah tak boleh berjalan jauh kerana sakit lutut yang agak kronik. Di rumah pun dia bergerak dengan bantuan kerusi plastik. Di tolaknya ke hadapan persis anak-anak kecil yang suka bermain dengan kerusi.

Kenapa hari Jumaat ialah untuk membawanya ke masjid. Beliau memang punyai sikap keras hati sejak dulu lagi. Kalau tak ada sesiap membawanya dengan kereta, dia akan menaiki motor. Udah beberapa kali dia terjatuh motor. Umurnya yang melebihi 80 tahun itu tak sepatutnya terjatuh apatah lagi dilanggar.

Beliau adalah bekas polis di zaman oang putih dulu. Tak ingat pulak samada Home Guard atau SC atau ntah apa-apalah. Tapi dia pula dapat pencen seperti mana polis sekarang. Itulah yang dia rungutkan selalu.

Setelah pencen dia buka syarikat memunggah barang dari kapal ke lori pengangkutan bersama 2 lagi kawannya - Melayu dan India. Rezeki dari situlah dia biaya hidup keluarga dan 8 anak termasuk ibu_suri.

Kata orang, menjaga mertua sama pentingnya sebagaimana menjaga orang tua sendiri. Malah melihat wajah mak mertua juga sama pahalanya seperti merenung wajah mak sendiri. Oleh kerana aku hanya dapatsebulan sekali menziarahi mak di kampung, biarlah aku ziarahi mertua aku seminggu sekali di sini. Dengan niat ikhlas muga-muga ini semua Allah berkati!

9 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Bersyukur IM sebab Allah masih beri peluang mencurah bakti, melihat wajah-wajah mereka. Ada ganjaran di situ..

Nampak memang dah uzur dah kelihatannya.

Kakcik Seroja berkata...

InsyaAllah, bagaimana layanan kita kepada orang tua kita termasuk mertua, moga2 begitulah nanti layanan anan menantu kepada kita...

Bunda_nora berkata...

InsyaAllah...semoga diberkati ..aamiin

Ibu n Abah berkata...

Aamiin
Saya pun kalau nak bermenantu saya nak cari macam IM yg prihatin nak selalu jumpa mertua..
Biar saya tak terindu2 anak cucu saya...
Hahahahahha
Berangan tu murah kan????

JR berkata...

Saya pula hari-hari dapat melihat mentua yg tinggal dengan saya. Ibu bapa sendiri pula tak dapat melihat lagi..telah lama pergi..

ANIM berkata...

80 tahun masih mampu naik motor?
agaknya bekas polis, tu yang semangatnya kental

saya terkenang ayah saya.di usia 74 thn dia ke sabah (2 bulan) dan bakal ke india (4 bln) mengikut jemaahnya. dia pun bekas tentera..

saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya jika Allah izinkan saya hidup menyamai usia mereka.

Shahrul Yusof berkata...

Jiwa bekas polis dan bekas askar ni memang kental. Ayah saya yang dah bertongkat tu pun masih lagi gagahkan diri bawa motosikal walaupun seringkali ditegur oleh mak saya yang risau.

mokja berkata...

tak tahulah apa nasib nanti bila dah tak berdaya.Anak2 semua jauh diperantauan.Masa depan susah nak ramalkan?

iryantyismail berkata...

yan tak dapat rasa ada mertua :-(( kadi tak tahu rasanya macamana