Aku bawa abah mertua ke klinik kesihatan semalam. Petang, tak ramai orang. Untungnya sebab boleh guna parking OKU. Tak perlu pening cari parkir kosong yang memangnya terhad dan jauh.
Aku nak bawa abah guna kerusi roda, abah tak mahu. Dia berkeras nak berjalan guna tongkat sahaja. Bukannya apa, risau takut terjatuh. Kakinya mudah terkendon sebab badan abah besar dan berat.
Alhamdulillah, berjumpa dengan doktor yang sama seperti 2 minggu sebelum ini. Doktor perempuan muda berbangsa Cina tapi begitu humble buat aku rasa senang untuk bertanya. Untungkan kalau kita tidak ada sifat berprasangka terhadap bangsa lain yang ada ketika kita memerlukan khidmat ikhlasnya?
Doktor itu memeriksa laporan pemeriksaan darah yang dibuat seminggu lepas.
"Pak cik punya buah pinggang tak berapa bagus. Boleh buat scan tak sebelum jumpa saya bulan depan? Boleh buat kat private hospital atau gh. Tapi kalau di gh you taulah kan... lambat."
Semasa balik, aku beritahu abah, jangan bimbang... aku akan semak dulu dengan Hospital Lam Wah Ee tentang kadar bayaran jika buat scan di sana. Lam Wah Ee adalah hospital yang berkonsepkan kebajikan. Antara penyumbang utama ke arah pembinaan hospital ini ialah Boon Siew.
Aku cuba bayangkan betapa jika ada sekumpulan orang-orang Islam membina hospital seumpama ini untuk kemudahan orang Islam hatta yang belum Islam sekalipun... indah kan?
Aku cuba bayangkan betapa jika ada sekumpulan orang-orang Islam membina hospital seumpama ini untuk kemudahan orang Islam hatta yang belum Islam sekalipun... indah kan?
Abah bimbang sebab abah bukan ada duit sangat. Aku katakan pada abah, abah ada 9 anak dan berbelas-belas cucu yang dah pun berkerjaya. . Kongsi sorang sikit untuk tampung kos perubatan abah, takkan tak boleh...
Abah hanya mendengus. Aku faham sebenarnya apa yang bermain di dada abah. Aku pun ada anak walaupun tak seramai anak-anak abah...
7 ulasan:
Kesiannya mertua IM ,harap xde sakit2 yg serius.
Kakcik pun faham apa yang Abah rasa...
9 anak..cucu2..hmmm kalau pakat2 sumbang sikit sorg...
btul kata IM, anak 10 pon blom tentu dapat jaga sorang ayah sorang ibu..Alhamdulillah abah dapat menantu sebaik IM..Lam Wah Ee ada welfare Dept..boleh minta kebajikan kat sana..untuk warga emas memang ada peruntukan kot..semoga dipermudahkan..InshaAllah..Aamiiin!
Seperti kata orang tua2, seorang ibu/bapa boleh jaga 10 anak tapi 10 anak belum tentu dapat jaga seorang ibu/bapa...
Buat WS group IM
Khabarkan pada semua ahli keluarga
Mohon tak banyak kalau setiap seorg bagi 100-200 ringgit, kakak rasa campur anak-cucu lepas utk bayar tu. Mungkin lebih dah anak 9 & cucu berbelas. Kesian kakak dengan abah dan IM.
Moga diberikan kekuatan dalam menjalani rutin harian.. ;)
Catat Ulasan