Rabu, 30 September 2015

Seperti Merajuk Sahaja, Abah...


Semasa aku memegang stereng kereta, abah asyik bercerita tentang hal anak-anaknya. Aku faham, ketika inilah abah berpeluang meluahkan segala yang bergejolak di hatinya dengan bebas. Dan aku juga tahu bahawa aku ketika itu perlu bersikap wajar... mendengar dengan tekun dan mencuri peluang di celah-celah keluhan abah untuk memberi sedikit komen yang membina. Ya... sedikit sahaja komen, tidak boleh lebih dari sedikit itu!

Sesekali aku berasa beruntung kerana mendapat kepercayaan dari abah sebagai pelepas segala yang terbuku di dadanya. Pengalaman aku hidup selama 55 tahun dengan menempuh pelbagai dugaan dan tribulasi membuat aku arif akan perasaan seseorang yang seperti abah. Punyai anak yang ramai, punyai harapan yang tinggi terhadap anak-anaknya; akan tetapi hasilnya tidak mencapai tahap yang dia harapkan. 

Aku tahu, bukanlah sangat 100% apa yang abah cerita itu aku kena percaya kerana abah pun ada kelemahannya selaku seorang manusia. Namun yang bernama abah tetaplah seseorang anak itu kena hormati.

Aku harap, aku nanti tidak pula menerima nasib seperti abah. Muga anak-anakku kelak yang walaupun kerja dan keberadaan mereka tidaklah seberapa namun hormat mereka kepada aku, tinggi dan luhur.

Kasihan abah... sesampai sahaja di Pejabat Tabung Haji Bayan Lepas, terkial-kial abah menaiki tangga dengan tongkat berkaki empat. Pun, abah dilayan baik oleh pengawal dan staf TH untuk tujuan pengeluaran wang.

Abah nak guna untuk perbaiki rumah pusaka abah di kampung. Abah selalu kata... abah rasa lebih tenang bila dapat duduk di kampung walaupun usang daripada duduk di rumahnya sekarang ini yang walaupun nilai harga melebihi 700 ribu ringgit!

5 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

alhamdulillah...dgn bercerita pada IM tentang masalah hidupnya..sekurang2nya ringan sikit beban yg dipikul abah...org tua..hanya perlukan perhatian dan kasih sayang dari ahli keluarga terdekatnya..

saniahibrahim berkata...

Yalah dengan melepaskan apa yang terbuku dihatinya dapat menghilangkan perasaan yg terbuku.

Murni Alysa berkata...

walaupon anak2 abah semua menjauh dengan abah IM, tp abah masih ada menantu yang baik spt IM..Alhamdulillah..( TH hotel tu sebelah jer dgn rumah saya..saya tggal kat kuarters Klinik Kesihatan Bayan Lepas belakang Klinik keshtn tu ja..Hari2 menghadap TH Hotel tu)

AtieYusof berkata...

Syukur ada juga tempat untuk abah bercerita.. pasti abg IM seorg menantu yg di percayai oleh abah... moga anak2 nanti nya akan tetap hormat dan menyayangi...

iryantyismail berkata...

tempat jatuh lagi dikenang..inikan tempat bermain..sayang jika rumah pusaka dibiar usang