Khamis, 29 Oktober 2015

Jodoh Tak Lama

Hari ini rasmilah kereta ke 3 yang aku guna selama hidup ini - WIRA PEY164 berpindah hakmilik. Tadi, aku bersama Angah ke JPJ untuk menguruskannya. Pemilik baru bernama Azhar... masih muda.

Mula sekali aku membeli kereta Mitsubishi Lancer, baki duit KWSP selepas tolak cengkeram beli rumah. Bila Lancer aku dah naik reput lantai dan badannya, aku tolak dan beli Iswara. 

Kemudian, rasa tak mampu nak tanggung kos, aku ke kedai kereta... konon nak ambil Kancil ERA. Tapi dalam perjalanan, ibu_suri dan anak-anak merayu jangan ambil Kancil sebab saiznya kecil. Di sokong pula oleh taukeh kedai.... akhirnya aku bawa balik WIRA aeroback (fuel injection).

Bila Akhmal habis belajar di kelas Pendidikan Khas SR Seberang Jaya, dia ditukar ke Pendidikan Khas SM Mengkuang. Kalau dulu pergi balik sekolahnya menaiki van sewa, kini susah sikit. Terpaksalah aku hantar setiap pagi dan ibu_suri ambil setiap petang dengan motor Comel, masa tu.

Tidak tahan berpanas dan hujan, ibu_suri ambil keputusan membeli Kancil dengan duit simpanannya sebagai guru tadika. Tak lama selepas itu, ibu_suri di serang ahmar menyebabkan dia tidak boleh memandu. Hempas pulas aku mengurus mereka berdua. 

Untuk mengambil hati ibu_suri, aku menggunakan Kancil sebagai kenderaan harian. Maka terbiarlah WIRA, jarang bergerak.

Bila Angah dah mula bekerja, aku serahkan WIRA kepadanya. Hah, dapat kepada anak muda, habis di ubahsuainyaa WIRA hingga aku geleng kepala. 

Bila Angah dah kahwin, dia beli Viva Elite auto, konon nak bagi kemudahan pada Ayu pergi kerja. Kancil yang aku bawa kemudiannya terlibat dengan kemalangan yang akhirnya menjadikan pemanduan Kancil dah tak seimbang. Aku beli pula Viva versi standard. WIRA terbiar semula. Akhirnya aku suruh Angah jual sahaja WIRA itu.

Di kalangan kawan-kawan sekerja, mereka lebih kenal  plate no PEY 164 berbanding kereta-kereta aku yang lain. Dan jujur aku katakan bahawa aku juga amat sayang pada WIRA itu namun dah takdir... jodoh tak lama.

13 ulasan:

Etuza berkata...

Asalam IM...semoga sihat ya..berpindah tuan, alamak sedihlah kereta tu..apapun moga azhar yang muda tak memnadu dia dengan sewenangnya di jalan raya..biar di pandu sebaik seperti IM..

Etuza berkata...

Im beli kereta baru..take care pandu dengan selamat inshaAllah

Murni Alysa berkata...

kereta pertama Murni adalah Proton Gen2..kereta kedua pulak adalah Viva Elite..bulan 3 haritu Gen2 tu dah habis bayor..loni husband duk intai2 nak beli keta baru & nak jual Gen2 tu..saya sebenarnya sayang kat Gen2 tu..banyak kenangan..huhuhu

Kakcik Seroja berkata...

Ada masanya kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayang untuk sesuatu yang mungkin lebih baik...

Kakcik Seroja berkata...

Ada masanya kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayang untuk sesuatu yang mungkin lebih baik...

Kamsiah yusoff berkata...

biasalah tu IM..lama kelamaan perasaan sayang tu akan beransur hilang..

NzA berkata...

Mmg kita akn rasa sayu hati bila sesuatu yg kita miliki trpaksa dilepaskan. Sentimental value.

saniahibrahim berkata...

Bila dah lama berkhidmat dgn kita memang sedih nk pisah ...masa sya trade in kita lama dulu pun cmtu lah perasaan nya.

saniahibrahim berkata...

Bila dah lama berkhidmat dgn kita memang sedih nk pisah ...masa sya trade in kita lama dulu pun cmtu lah perasaan nya.

iryantyismail berkata...

banyak juga kereta yang im dah pakai ia..

AtieYusof berkata...

Salam IM..
memang sayang nak lepas sebab dah lama guna.. mgkin juga punya sentimental value nya yg tersendiri.. kmi pun ada wira SE, sy suruh jual tapi husband kata syg.. byak memori..

aizamia3 berkata...

Sama jugak dengan saya.. mungkin satu hari nanti saya akan lepaskan salah satu kereta yang ada ketika ini.

Unknown berkata...

nak lepas kan sesuatu yng kita dapat dengan usaha dan titik peluh sendiri memang berat kan??rasa sedih je ..