“ Ada tiga golongan, yang tidak akan Allah ajak bicara pada hari kiamat, tidak akan Allah lihat, dan tidak akan Allah sucikan, serta baginya adzab yang pedih. Rasulullah mengulang sebanyak tiga kali. Abu Dzar bertanya : Siapa mereka wahai Rasulullah ? Sabda beliau : Al musbil (lelaki yang menjulurkan pakaiannya melebihi mata kaki, al mannaan (orang yang suka menyebut-nyebut sedekah pemberian), dan pedagang yang bersumpah dengan sumpah palsu”
(H.R. Muslim:106)
Aku agak terkesan dengan kupasan khatib terhadap golongan yang kedua itu.
Ingatan melayang kepada isteriku di rumah yang kini ditakdirkan Tuhan - separa mandiri. Segala urusan dalam rumah terpaksa aku pikul sendiri. Malah untuk dia mandi, bersuci, memilih pakaian hatta berjalan pun aku kena bantu.
Kekadang bersungut juga aku. Kekadang terkeluar marah-marah. Malah kekadang memang aku ada mengungkit.
Aku tahu, tak sepatutnya aku begitu tetapi bilamana kekadang aku rasa macam tak sempat nak duduk rehat dah kena panggil. Otak sedang fikir masalah lain, dia tokok masalah baru... aku jadi hilang sabar dan melenting.
Muga Allah memaaafkan aku yang sebenarnya kalau boleh tidak mahu menjadi suami seperti itu. Suami yang termasuk dalam golongan kedua.
Aku ingin ikhlas menjaganya yang telah menjadi isteriku selama 30 tahun ini...
4 ulasan:
Biasalah, kita manusia biasa ada kelemahannya. Cuma lepas terantuk kita akan teringat kealpaan dan kesilapan. Ia adalah lumrah yang berulangan sehingga mata tertutup...
terkesan catatan IM kali ini...
menjaga orang sakit perlu kekkuatan fizikal dan mental.Adakala terasa lemah dan masa itulah timbul perasaan yg macam2.
Semoga Allah lapangkan jalan IM dalam mengurus ibu suri.
YA ALLAH..semoga DIA yg Maha Mengetahui..memberi IM kekuatan utk menghadapi ujianNYA..
DIA Maha Mengasihani. Jangan berenti meminta padaNYA sebab DIA takkan pernah berenti memberi. Semoga IM diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapai ujianNYA.
Catat Ulasan