Selasa, 3 Mei 2016

Takdir


Membawa ibu_suri ke Hospital Besar Pulau Pinang, tadi pagi. Rawatan susulan 2 kali setahun yang perlu diuruskan olehku yang bernama suami dengan penuh sabar dan tenang.

Bukan semudah ungkapan. Dengan keadaan parkir yang sesak, giliran yang panjang untuk mendapatkan kerusi roda yang sesuai dengan saiz badan ibu_suri, kekadang terpaksa melayan rungutan ibu_suri yang kurang senang dengan itu dan ini, ditambah dengan kesukaran membuang air kecil kerana saiz tandas yang tidak mesra OKU... 

Aku sempat bercakap dengan deresar yang memeriksa tekanan darah ibu_suri...

"Sepatutnya kerajaan bina banyak lagi hospital besar macam ni kat Penang. HBPP yang ini dah terlalu sendat dengan pesakit dan pengunjung..."

Sepatutnya masa yang diberi oleh doktor untuk giliran rawatan ialah jam 8.30 pagi tapi aku sengaja datang lewat jam 10. Nak cuba lihat suasana agak tengahari.. Betullah jangkaanku. Di lewat pagi, giliran menunggu tidaklah lama sangat berbanding awal pagi seperti sebelum ini.

Aku cuba bodek doktor supaya tempoh rawatan akan datang di panjangkan dari 6 bulan kepada lebih lama. Aku lapik dengan alasan bahawa ubat yang sekarang ini dimakan oleh ibu_suri dah serasi selama hampir 4 tahun.

Doktor yang merawat ibu_suri disetiap kali rawatan memang tak sama. Bila soalan itu diajukan oleh ibu_suri, aku hanya menjawap... mungkin mereka itu bertugas ikut jadual yang ada. Tapi dalam hatiku mengagak... mungkin untuk mengelak doktor dari menghadap pesakit yang sama setiap kali. Stress ooo.... melayan pesakit yang bermacam fe'el ni. Maklumlah... pesakit psikiatrik... mana ada yang normal tabiatnya.

Memang ibu_suri dah banyak baiknya berbanding dulu yang selalu mendengar suara bisik-bisik di telinga, kekadang murung, menangis tiba-tiba, marah atau ketawa tak menentu.

Berbanding orang lain yang aku pernah lihat, aku lebih bernasib baik walau kekadang terbit juga rasa jemu, kecewa, mempersoalkan takdir dan putus asa!

Muga Allah memahamiku dan mengampunkan dosaku... seorang insan yang marhaen...

5 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

adik ipar saya dok kat tanjung tokong..bersalin pukul 1 tengahri..jam 5 petang dah disuruh keoluar walaupun baby tak buang air besar lagi..semuanya dek keadaan wad yg sesak..

IM ..camne nak masak spageti..masa celur tu jgn sampai lembik sangat..
lps tu beli ja sos spageti Prego ke atau lain2 brand...kalau yg merah tu agak masam sikit..tumis ja kemudian campur la hirisan isi ayam ke..meatball ka..mcm2 boleh bubuh..kalau rajun letak keju chedar yg diparut semasa nak makan..

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah semoga kesihatan ibu_suri & IM bertambah baik.

insan marhaen berkata...

kamsiah,
terima kasih. nanti nak try lah...

indai igat berkata...

Hi uncle..saya sangat kagum dengan ketabahan uncle menjaga isteri yang sakit..tidak semua orng dapat berbuat seperti uncle..hatta anak kpda emaknya. Sabarlah uncle..sentiasa jga diri krna byk yg bgantung dgn unclel

myliferia berkata...

Semoga IM terus diberikan kekuatan dan kesabaran dengan dugaan ini. InsyaaAllah, menggununglah saham akhirat IM nanti.