Isnin, 20 Februari 2017

Bila Bisikan Itu Berbisik...

Akhir akhir ini jiwa aku tidak tenteram. Risau pada masa depan.  Jemu pada rutin hidup yang stereotaip setiap hari.

Fizikal juga berasa semakin tidak kuat. Lutut kekadang ngilu bila memanjat tangga.  Kaki terasa kebas terutama bila tidur dalam hawadingin hingga memaksa aku memakai stokin.

Sesekali rindu menyelinap ke hati terhadap kawan seperjuangan dan masa masa belajar. Alangkah indahnya masa masa itu. Cergas dan penuh cita cita. Sibuk dengan usrah dan usaha dakwah.

Aku memiliki keluarga yang kecil sahaja. Udahlah kecil,  bermasaalah pula.  Rasa cemburu selalu membakteria jiwaku bila melihatkan kawan kawanku yang lain boleh ke sana kemari tanpa terikat dengan isteri. Tanpa perlu memikirkan makanan pakaian kerana semuanya diurus isteri.

Jahatnya bisikan perasaan sebegini.

8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Jangan layan perasaan begitu. Istighfar...

Warisan Petani berkata...

Bertabahlah.
bersyukur dengan apa yang kita ada.

Kakzakie Purvit berkata...

Syaitan memang suka membisik yg bukan-bukan
Moga IM kuat dan dpt tangkis segala bisikan itu

Adam berkata...

Kesiannya.
Mungkin orang lain lebih merana dari ini.

insan marhaen berkata...

Betul tu. Yang mengalaminya sahaja yang tahu...

saniahibrahim berkata...

Betul tu hanya yang mengalami saja yang tahu...tak semudah kata2 .

Unknown berkata...

Jangan simpan sorang2 IM, nanti lagi teruk bisikan tu..
Luahkan pada sapa2 @ diblog pun boleh, bila diluah insyaAllah boleh kurang tekanan dan beban..

Umialya berkata...

Salam kenal..

Sy membaca entri im satu persatu, cuba memahami maksud tersurat dan tersirat pada setiap ayat.

Cuba kenal tingkahlaku anakanda ikhmal, beratnya dugaan im ditambah dengah keadaan ibu suri.

Kita doakan ikhmal akan berubah menjadi insan terbaik suatu hari nanti, aamiin..

Bersabar ya im, moga Allah berikan ganjaran terbesar buat im, insya allah.

Jagalah ibu suri sebaiknya selagi hayat dikandung badan.. besar pahala tu..