Akhir akhir ini aku kerap perlu berhati hati bila hendak melangkah atau berjalan. Lutut terasa seperti longgar dan sesekali ngilu.
Aku agak aku akan mengalami masaalah berjalan di satu hari nanti sepertimana yang aku pernah lihat orang tua di kampung aku dulu berjalan... ngengkang.
Masih terlalu awal rasanya untuk aku menempuh kesukaran itu berbanding umur. Bukan mustahil bila lama kelamaan aku terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Tak seperti arwah abahku semasa hayatnya, bukan saja tak pernah dengar dia merungut kerana sakit kaki malah boleh mengangkat mesin rumput ke atas motor seorang diri untuk bekerja.
Aku? Hah, nak jinjing gula sekilogram pun dah terasa beratnya beban itu...
3 ulasan:
Semoga cepat sembuh
Itulah IM bila kita makin berusia.
Saya pula ketara sangat letihnya, tak sama dengan dulu, mungkin ada masalah kesihatan kot tapi belum dikenalpasti lagi, yalah selagi mampu bergerak, tak nak pula jumpa doc
masih boleh diusahakan urusan perawatannya.
Catat Ulasan