kiri: bob, halim, rahim dan aku (kanan) |
Sekadar nak merakamkan sesi mini re-union aku dengan sahabat lama semasa belajar di Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur 1981~1982 dulu.
Kami berjumpa di Restoran Subaidah, Seberang Jaya; tepi Lebuhraya PLUS arah Selatan tadi.
Tentulah seronok bila sesekali dapat jumpa kawan-kawan lama. Mengenang kisah lama zaman nakal dan hanya tahu seronok.
Bob bakal menjadi calon PAS bagi DUN Pinang Tunggal. Halim pula sedang studi untuk ambil phd dalam bisang Sains Politik. Cuma aku dan Rahim sahaja tiada cita-cita menarik.
Tak sangka kan, kawan yang dulu nakal dan kaki perempuan boleh berubah 360 darjah.
Aku juga yang stereotype macam dulu. Kekadang terbit juga rasa rendah diri semasa berbual.
Bila azan Maghrib aku minta diri untuk balik walaupun mereka beriya-iya ajak aku solat saja di situ bersama dan sambung berbual hingga Isyak.
Terima kasih Halim kerana belanja aku makan tandori. Aku jarang makan yang ini. Memang sedap!
5 ulasan:
Nampak dah otai2 semuanya tetapi masih ceria.
Otai masih bersemangat Kan, bersemangat jihad gitew.
Kwn yang baik tak kan kisah siapa kita...
Mesti teruja bila dpt bertemu semula kwn lama.
Memang Seronok kalau dapat jumpa lagi kawan-kawan lama :)
Saya baru sekali jer buat reunion, alhamdulillah layanan rakan2 semua baik.. merasa diri begitu berharga.. 😄
Catat Ulasan