Pagi ini adalah temujanji aku dengan doktor di klinik Kubang Semang. Sementara menunggu nombor giliran dipanggil, berbagai-bagai perasaan berbaur di benak. Agaknya ini jugalah yang dirasakan oleh ibu_suri selama ini; yang kerap kali terpaksa aku tenangkan dengan pujukan kata-kata.
Isu dalam kesihatan aku yang paling ketara ialah gula yang tinggi. Termasuk juga kolestrol. Tekanan darah mungkin kurang membimbangkan.
Mereka yang pernah aku lihat kena potong jari, kaki berbalut kerana luka susah sembuh... bermain main di fikiran.
Mulalah aku memikirkan masa depan aku bukan lagi ketawa tapi penuh debar.
Namun, apapun yang berlaku tetaplah berlaku. Semalam takkan dapat diperbaiki sedangkan esok belum tentu akan dapat aku tempoh. Apa tindakan yang perlu aku perbuat next ialah:
Jaga pemakanan
Jaga peeasaan
Jaga senaman
Jaga ibadah
Berfikiran positif
Doktor tambahkan dos ubat (sesuatu yang aku cuba elakkan). Dia beri tempoh sebulan untuk temujanji akan datang.
Aku tidak mahu menjadi seseorang yang degil dalam menjaga kesihatan seperti yang pernah aku dengar dari penjaga pesakit seperti aku atau yang pernah aku lihat sendiri seperti birasku maupun bapa mertua..
Aku perlu tunjuk suatu kemajuan akan tahap gulaku kepada doktor bulan depan. Aku mahu menjadi seorang yang positif.
Jika aku juga sakit, bertambah sukarlah nanti nak jaga ibu_suri. Nak harapkan anak anak... mereka juga ada kemelut hidup tersendiri!
6 ulasan:
Untuk kes2 kencing manis. IM kena jaga pemakanan, kurangkan makanan bergula dan yang mengandungi karbohidrat spt nasi, mee dsb, dapatkan penjelasan lanjut dari doktor yang merawat.
Lebihkan sayur2an..
Jangan lupa makan ubat, jika IM sakit, kesian ibu suri..
Moga semuanya dipermudahkanNya, aamiin..
Saya rasa IM selalu makan masakan luar, faktor penyumbang makan Tak sihat, dorang guna minyak kitar semula, too oily, to much preservatives, mmg sgt Tak elok utk kesihatan.
Terima kasih atas nasihat. InsyaAllah, saya cuba jaga semuanya...
Betul tu. Terutama sejak ibu_suri sakit, saya selalu makan luar walaupun hati kecil saya selalu merindui masakan isteri sendiri...
Semoga dipermudahkan.
Terima kasih atas doa tuan...
Catat Ulasan