Rabu, 20 Disember 2017

Pergelutan



Aku masih lagi bergelut dengan usaha menurunkan paras gula dalam badan. Raut wajah doktor perempuan lewat temujanji hari itu tidak memberikan kelegaan di hati. Alahai doktor, awat tak kata...

'Paras gula awak nampak dah turun sikit. syabas!'

Ini tak... yang dia jawap bila aku bertanya;

'Selagi gula awak tak turun paras normal selagi itu awak tak ok...'

Macam bom baru meletup kat dada aku mendengarkannya.

Aku dah berjaya mengurangkan tabiat meminum kopi/teh 3in1. Malah mungkin ke tahap 100%. Bagi aku ini satu kejayaan besar dalam usaha ini. Bukan senang wooo nak buang habit 3in1 ni. Macam perokok tegar nak berhenti merokok ceritanya.

Setiap kali nak sarapan pagi mesti buka almari nak ambil kopi. Senang bancuh kan? Koyak saja sacet, tuang ke dalam cawan, masukkan air panas, kacau... dah siap dengan aroma dan rasanya yang sama seperti bancuhan semalam atau dudu-dulu.

Lainlah kalau ibu_suri yang bancuhkan kopi bila diminta. Tentunya airtangan ibu_suri lebih sedap dari bancuhan kopi mesin di kilang.

Justru itu hargailah kalian yang masih ada istri. Yang setia membancuhkan kopi setiap pagi. Aku dah lebih dari 10 tahun urus diri sendiri dalam segala hal rumahtangga. 

Jeles woo... bila lihat makanpakai kawan-kawan semuanya istri yang uruskan. Balik rumah saja, makanan dah terhidang. Baju dah dibasuh dan sterikakan. Dalam rumah bersih dan kemas.

Bab makan nasi sekali sehari dan setiap sekali itu pula sekadar sukatan satu bungkus nasi lemak... masih sukar der... Aku masih terikat dengan feel ibu_suri yang kerap tidak menghabiskan makanan kerana appetitenya yang berubah-ubah dengan cepat. Kekadang 90% makanan berbaki. Akulah yang terpaksa habiskan dari membazir...

7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Suami kakcik suka minum teh O panas yang 'nipis' dan kurang manis bila di rumah. Kalau di luar, dia pesan teh tarik! Alhamdulillah, bacaan gula dalam darahnya masih 'baik'. :)

saniahibrahim berkata...

Kesedaran diri sendiri saya lebih suka minum air putih sejak dah berumur ni,takut bila lihat ramai kawan dah kena kencing manis.

Umialya berkata...

Allahuakbar, bila dah terkena diabetis sukarnya rasa, banyak pantang larang, nak diet 100%pun tak boleh sebab jika kekurangan gula, boleh hipoglisemia (kurang gula dalam darah) jadinya.

Cuma kita cuba kawal sebaik mungkin, jangan sesekali tinggalkan ubat yang dibekalkan oleh Doktor.Sebaiknya IM kbeli mesin glukos untuk pemantauan di rumah.

Bertabah ya IM, moga semuanya dipermudahkan, aamiin..

Warisan Petani berkata...

Kadang2 bukan sebab makanan yang kita maka sahaja,
tetapi lebih kepada pankerias kita yang semakin kurang menghasilkan insulin.

mamapp berkata...

Kalaungula tinggi memang Akan mendatangkan sakit yg lagi bahaya. Selamat mengawal makanan ye

Jaja Pengedar Shaklee berkata...

Syabas dah berjaya stop 3in1! Minuman segera ni memang tinggi kandungan gula tau..

mamawana berkata...

Assalam..
lama tak nyinggah sini. Memang ya kopi 3in1 senang koyak ajer bancuh dgn air paneh. Tapi jgn lupa banyakkan minum air mineral. Air mati takdak mineral takdak zat. Betul ker gitu? Selamat sihat.