Belum habis letih dengan temujanji di Klinik Pakar 1 Isnin lepas, bertemujanji di Klinik Kubang Semang pula.
Temujanji ibu_suri sekarang ni bukan lagi dengan doktor biasa malah rata-ratanya dengan doktor pakar.
Letihnya bila rapat sangat tempoh temujanji dengan doktor ini sekarang ini berbanding dulu bukan sangat membawa dia tapi bila terpaksa mengusung masuk san keluar kerusi roda dari dalam kereta.
Lebih melelahkan ialah bila terpaksa menolak naik jika ada gon ke dalam atau keluar klinik. Kadang-kadang bila tak mampu, rasa tidak segan meminta tolong orang keliling membantu tolak sama.
Istimewanya pemegang kad OKU. Setakat ini semua pemeriksaannya adalah percuma. Jika sebaliknya, mungkin dah ribu rm duit keluar dari kocek.
Marilah sama-sama kita jaga kesihatan kita. Jangan langkau makan pagi, jangan makan lewat malam, kurangkan manis dan berminyak.
Paling penting jangan fikir yang remeh-temeh, yang tidak boleh selesai biarkan masa menentukan, yang berat-berat letakkan ke tepi. Kita rai setakat yang kita ada dan mampu.
Jangan takut buat medical checkup. Makanlah ubat ikut jadual.
Kasihi diri kita dan sayangi Tuhan!
7 ulasan:
Ya umur begini kita mesti jaga makan dan kesihatan sebaik mungkin. Tunggu silap sikit ja nak dapat sakit.
Moga dipermudahkanNya, aamiin..
Saya setakat ni suami belum mengeluh lagi, tak tau la dlm hatinya mcmna nk bawa sya ke spital sultanah bahiyah 2 kali sebulan
Semoga bertabah menempuhi dugaan. Saya baru tahu tuan masih berblog bila tuan singgah di blog saya. Terima kasih kerana sudi singgah.
Jujur saya nyatakan, sesetengah makanan dan minuman kegemaran saya masih tak dapat nak tinggalkan walaupun tahu ianya tidak baik utk kesihatan...
Aameen... TQ
Wah.. Lagi kerap berbanding saya. Mungkin ada keluhan jauh di sudut hati suami seperti saya namun sebenarnya dia pasti redha kerana tahu itu udah menjadi tanggungjawapnya sebagai suami san kekasih!
Catat Ulasan