Isnin, 31 Disember 2018
Selamat Datang Esok...
Esok adalah 2019.
Aku tidak menaruh apa-apa azam untuk kerjabuat tahun esok. Cuma berharap semua beban yang memberat di bahu ini sejak sekian lama akan menjadi sedikit ringan.
Aku rindu pada kedamaian, ketenteraman dan meraikan hobi ku sejak muda serta berkecimpung dengan kerja-kerja kebajikan.
Aku rindu kampung, rindu mak, rindu kawan-kawan sekolah dan saudara mara.
Aku rindukan masa laluku walaupun aku tahu ianya sudah lama tiada namun setidak-tidaknya bau itu masih ada.
Dan berharap akan lebih banyak menulis diblog, merakam perjalanan hidupku buat tatapan dan arkib diri sendiri.
Terima kasih kepada semua yang pernah dan selalu membaca serta memberi komen ke setiap entriku. Kalau boleh kalian tinggalkan jejak di entri ini, sekadar nak tahu penjejak blogku sejauhmana...
Sekali lagi... terima kasih!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 ulasan:
Selamat Tahun Baru IM, saya suka baca tulisan IM sebab semua luahan IM tulus dari hati..Semoga Allah permudahkan segala urusan IM di tahun baru nanti..Aamiiin
Betul.
Kadang kadang rasa bersalah juga sebab menceritakan hal peribadi anak istri sendiri.
Tapi inilah saya. Saya tak reti menulis selain apa yang saya alami dan rasai...
Salam IM
Saya selalu membaca penulisan IM. Saya sendiri tak kenal IM. Saya suka baca blog yang penulisannya lahir dari hati. Daapt memberi pengajaran pada diri
Nisda
Terima kasih kerana menjadi pembaca setia. Mendapat manafaat itu juga adalah harapan saya kepada yang mengikutinya...
Alhamdulillah semoga tahun baru 2019 kita diberi kejayaan yang kita impikan
Saya tidak impikan kejayaan yg besar besar. Cukup sekadar hati yang damai, boleh senyum setiap hari dan cukup sara hidup...
Selamat tahun baru IM. InsyaAllah..semoga segalanya dipermudahkan.
Semuga begoyu juga. Terima kasih kerana mengikuti saya...
Selamat tahun baru IM. Semoga tahun ini lebih menyinari.
Aameen... Apapun hidup mesti diteruskan...
Selamat tahun baru IM...
Sama sama. Muga tahun tahun kehadapan kita terus tabah jalani ujian dari Tuhan...
Semoga impian tercapai, pasti akan dicapai apabila kita letaK DALAM DIRI SENTIASA CERIA DAN BERKEMAHUAN
IM..entahla apa yg saya boleh komen, bimbang juga menyinggung hati IM. Tapi kalo IM tak dpt balik jumpa mak kat kampung, bolehla telepon selalu, mumpung dia masih ada..minta doanya agar diberikan ketenangan hidup...
Selamat tahun baru.. Maaf baca blog IM😊
Selamat Rahim Baru 2019
Maaf baru baca blog IM
Terima kasih kerana masih membaca catatan saya...
Memang nlog saya untuk dibaca... :-)
Selamat tahun baru
Catat Ulasan