Jumaat, 14 Disember 2018

Boleh Menjerit Tak, Bang?

Kekadang menjaga insan yang berubah-ubah emosinya ini terbit juga rasa bimbang atau boleh dikatakan takut.

' Terasa nak menjerit la, bang. Boleh tak.I menjerit? '

' Dalam kereta boleh. Kat rumah tak usah lah. Sat lagi tak pasai pasai ramai pulak orang datang. ' ujarku dengan sedikit rasa debar debar tiba tiba mengguncang dada.

' arrghhhhh....arghhh.... arghhh...... ' ibu_suri tetap melepaskan jeritannya di sebalik bantal yang dipekup ke muka.

Aku cuba bertenang sambil menghadap talipon sambil mengharapkan insiden malam ini tidak lebih dari sekadar melepas emosinya yang mungkin terlalu gembira atau ada yang terbuku yang aku tidak mengetahui.

Nasib baik rumah di sebelah aku tidak bepenghuni. Tuan rumahnya tinggal di KL. Sesekali sahaja balik menjenguk rumah.

'Abang.. Picit belakang...'

Aku pun tak banyak bantah. Memang dah rutin setiap malam tanpa mis, memijak atau memicit micit belakang ibu_suri menjelang mata nak pejam.

Memang kena banyak sabar,tenang, bertolak ansur dan menyerap segala kelukaan. Kalau tidak begitu, audah lama rumahtangga aku purak puranda.

Anak-anak aku mungkin tidak nampak itu senua!

8 ulasan:

Etuza berkata...

Asalam..di pagi Jumaat yang ceria.
Banyakkan bersabar, ingatkan diri betapa besar pahala Allah beri bagi orang2 yang sentiasa bersabar. Semoga baik2, doakan yang baik2 inshaAllah hati akan tenang.

mokja berkata...

Salam. Kadang2 anak2 tidak mengerti kalau tidak diberi tahu . Apa yg mereka lihat selalu diintepretasi ikut mereka sendiri.Tapi, takkan kita nak cerita semua kan. Sabar itu mulia adanya.

Umialya berkata...

Biarlah ibu_suri menjerit sekuat hati, mungkin ia boleh hilangkan apa yang terbuku dihati.

Maklumlah orang kurang upaya, macam2 perkara negatif difikirkan, dia tak minta semua ini terjadi ke atas dirinya, seperti kita, ibu_suri ingin menjadi seorang yang sempurna seperti kebanyakan orang.

Kamsiah yusoff berkata...

biarkan dia menjerit andai itu boleh melepaskan tekanan yg dihadapinya

Normala Saad berkata...

Kesian ibu suri. Kesian juga dekat IM. Harap both of you dapat menghadapi dugaan dengan tabah dan redha.

Warisan Petani berkata...

Ye, mungkin itu caranya dia dapat melepaskan perasaan yang tersimpul di dalam hatinya

Mrs. A berkata...

Boleh je menjerit asal kena tempatnya.
Kadang-kadang Mrs. A pun menjerit juga hehehe...

mamapp berkata...

Alhamdulillah bertolak absurd berkasih sayang