Ahad, 9 Disember 2018

Masak Lauk Apa Hari Ini?

2.30 petang;

Aku memang selalu berharap agar dapat memasak sendiri untuk makan tengahri di setiap cuti hujung minggu. Saban hari membeli lauk kedai dah rasa jemu dan tepu. Hendaknya pulak untuk.memenuhi citarasa ibu_suri dan anak3 aku ini agak serba tak kena. Iyalah... Jemu dengan lauk yang pusing pusing... itu juga.

Kekadang aku perasan mereka buang saja bila setiap kali menyelak tudung bakul sampah.

Tapi aku dah tak pandai masak seperti masa remaja dulu. Tatkala menjaga adik adik yang masih kecil dan.mak pula bekerja menoreh getah belah pagi dan mendulang bijih timah di sebelah petang.

Sejak duduk di hostel, kemudian bekerja dan kahwin, alskill aku kian pupus.

Boleh la setakat goreng goreng dan tumis tumis. Boleh la setakat makan sendiri.

Semalam aku goreng ikan cencurut. Ikan lain akhmak3 dan ibu_suri kurang suka. Nasi senang je. Tenggek dengan rice cooker. Aku suka bubuh air lebih sikit supaya lembut nasi. Serap kuah dan bila makansenangvtelan.

Kuah.sahaja yang bwli.

Hari ini aku nak goreng ayam. Campur dengan hirisan bawang banyak banyak dan sulam dengan halia.

Mulanya aku ingat nak sulam dwngan daun limaunpurut sahaja yang banyak ada si dwpan rumah tapi ibu_suri tak mahu.

Selera makan ibu_suri memangbtakbtetap. Selalu berubah ubah. Hari inibdia suka A esok pula dia sah tak suka sebakiknya mahu B pula.

Kalau nasib tak baik, aku la perabis semuanya dan belubyang lain untuk dia.

Sekarang ini tengah goreng ayam. Lupa pulak nak suruh penjual tu potong kecil, dia potong nala punya besaq. Kenalah kerat sendiri. Sakit juga tangan aku ni.

Kalau aku ingat, sat lagi aku snap foto dan letak di sini.

Maaf, kalau banyak typung error dalam entri hari ini. Menulis guna henfon memang menyiksakan.

Senang senang aku perbetul bila berjumpa dengan desktop...


2.50 petang:



Dah siap. Entah macam mana tiba tiba teringat nak tambah kicap. Jadilah ayam goreng tumis kicap berhalia. Macam tu lah kot.

Rasa belum tahu lagi. Sementara ibu_suri dan akhmal masih tidur, aku pun ingat nak lena sat.

Malam tadi memang tak sempurna tidur sebab ibu_suri hampir sejam sekali asyik gerak aku bangun suruh bawa dia ke bilik air.

Kata orang, sementara bayi masih tidur mak pun kena tidur sama sebab bila bayi dah jaga mak tak ada can dah nak rehat...

Tapaknkaki dan peha kanan pun dah rasa kebas sesangat sebab berdiri lama...

7 ulasan:

Umialya berkata...

Wahhh sedap nampaknya ayam masak halia..

Sayapun buntu bab masak2 ni, nak senang tanya anak dara nan seorang, pasti jawapannya gulai masam/masak tempoyak (ikan patin @ ayam) ..

Ntah le apa istinewanya menu diatas , gamaknya deme tu anak jati 06.. kami suami isteri gak tetap selera yang sama dari dulu hingga kini.. .☺

Nor Azimah Ali berkata...

Kra okla tu, kreatifla juga. Lauk2 simple camni mmg menjadi pilihan selera, makan dgn nasi panas2.

Kamsiah yusoff berkata...

Suami saya pantang kalau org komplen yg dia masak.. Terus merajuk tak mau masak dah.. So saya telan ja walaupun tak kena dgn selera

Etuza berkata...

Asalam..apa juga juadah masak apa tetap nikmat itu dariNta. Bersyukur dengan apa juga juadah yang ada..

Kakcik Seroja berkata...

Nampak sedap ayam goreng berkicap tu... :)

Normala Saad berkata...

Jadi la tu. . Kira boleh makan dah lauk tu. Nampak sedap.

mamapp berkata...

Wow sedap tu