Depan rumah memang tempat kucing-kucing jiran suka lepak. ntah apa syoknya di sini.
Ada juga yang mengiau-ngiau, yang mungkin meminta makanan atau dalam sakit. apa yang boleh aku katakan selain aku tidak ada makanan yang sesuai untuk diberikan.
Pernah seekor itu mati di depan pintu gelansar rumah. dek depan rumah tidak ada tanah yang dalam akhirnya aku kuburkan di dalam hutan kecil jalan keluar taman.
Kucing Lorong - Alleycats |
Dan juga bunyi kucing biang di tengah malam di belakang rumah. Kekadang macam bunyi anak meragam kekadang bunyi makhluk halus menyakat.
Aku pernah terlanggar kucing betul-betul di depan rumah. Kucing itu sebenarnya dah pun melintas tatkala aku hampir nak memakir kereta akan tetapi entah kenapa dia berpatah semula melintas jalan dan tak sempat aku membrek lalu kaboom.
Kesihatan melihat dia menggeletek kesakitan, nazak dan akhirnya kembali ke alam baqa'.
Paling rare, aku pernah terlanggar anjing. Fenomena yang sama juga. Dah melintas ke seberang jalan tapi entah mengapa dia berpatah semula. Juga aku tak sempat menekan pedal brek. Melengking lengking bunyinya sambil meluru ke semak atas bukit. Tampak garis merah di kepalanya yang aku agak ialah luka. Bukan itu saja, bumper Kancil aku juga kemek dan terpaksa di perbetulkan di bengkel.
Kesihatan melihat dia menggeletek kesakitan, nazak dan akhirnya kembali ke alam baqa'.
Paling rare, aku pernah terlanggar anjing. Fenomena yang sama juga. Dah melintas ke seberang jalan tapi entah mengapa dia berpatah semula. Juga aku tak sempat menekan pedal brek. Melengking lengking bunyinya sambil meluru ke semak atas bukit. Tampak garis merah di kepalanya yang aku agak ialah luka. Bukan itu saja, bumper Kancil aku juga kemek dan terpaksa di perbetulkan di bengkel.
Entah kenapa sekarang ini aku tak suka memelihara ataupun bermain dengan kucing walaupun semasa kecil di kampung dulu aku memang suka dengan kucing malah memiliki beberapa ekor disamping arnab dan ayam, ayam belanda, itik termasuk itik serati...
8 ulasan:
Rumah SA pun dulu ada je bela kucing..tapi sejak abah terlanggar kucing tu dan mati depan mata..sejak tu tak bela kucing dah..kucing suka duduk bawah tayar kan..sekarang teringin nak ada kucing tapi masih tak boleh sebab mak SA dialysis 3 kali sehari..memang x boleh bela sebab fikirkan hygiene..
saya ada bela 6 ekor kucing.
Kalau kita memelihara kucing, seboleh2nya jangan sampai mengganggu jiran2.
Saya dok geram kt jiran sebelah..betul2 sblh
rumah...bela kucing bkn main ramai tp tak dikurungnya..pantang buka pintu masuk rumah kita..selongkar bawah saji,tong sampah..berak kencing kt laman tak usah cerita la...
Saya ada 10 ekor kucing, 100% indoor, langsung tak pijak tanah, 9 ekor sudah dimandulkan.
Itulah kebahagiaan saya setelah seharian penat bekerja, mereka releasekan minda yang kadang2 berceramuk.😄
Berkecamuk, error typing.. 😁😁😁
Jiran sebelah saya pergi buang kucing sebab kucing tu kencing dalam rumah dia. Marahnya saya sebab kucing tu sentiasa datang rumah untuk makan (kucing gelandangan). Anak saya sampai menangis sebab kucing tu dibuang.(Saya ada buat entry pasal kucing tu baru2 ni)
Huhuumama x penah langgar lagi binatang Kalau x sure mama trauma
Catat Ulasan