Khamis, 23 September 2021

Beruntung

Pada aku sahabat ibu_suri yang bernama Syikin ini amat beruntung kerana dapat mimpikan ibu_suri walaupun dalam suasana yang mungkin tidak menyenangkan perasaan...


Sedangkan aku suaminya tidak dapat pertanda apa apa melainkan mempunyai harapan atau firasat yang ibu_suri akan discaj tidak lama lagi.

Bayangkan pagi nurse menalipon aku minta hantarkan lampin ibu_suri kerana di wad tidak ada yang bersaiz XL.

Aku cepat cepat suruh Angah pergi hantarkan ke wad.

Belum sempat Angah sampai ke hoapital, doktor menalipon aku memberitahu bahawa ibu_suri sudah tiada. 

Menurut nurse pagi itu mesin pemantau Oksigen ibu menunjukkan paras normal. Tiba tiba saja di sebelah petang paras Oksigen dia merudum jatuh dan akhirnya...

5 ulasan:

Umialya berkata...

Innalillahiwainnailaihirojiun..moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman, aamiin..

Salam takziah IM..

Etuza berkata...

Asalam saudaraku..
banyakkan sabar, Allah lebih sayang arwah ya,
Kita yang hidup ni teruskan kehidupan..banyakkan amal yang Allah sukai ya. InshaAllah..inilah kehidupan.

Sabar dan redha ya

Kamsiah yusoff berkata...

Semoga arwah termasuk dalam golongan mereka yg dikasihi Allah..

Warisan Petani berkata...

Al-Fatihah
Semoga rohnya dicucuri rahmat

Amie berkata...

Benarlah ajal dan maut hanya Dia sahaja yang mengetahui. Tidak terlewat atau tercepat walau sesaat.
Moga redha dengan ketentuan-Nya.