Jumaat, 8 Oktober 2021

Batu Nisan

Ada beberapa hal yang masih belum selesai berkaitan ibu_suri. Antaranya ialah menanam batu nisan di pusaranya.

Jujur aku katakan, hingga hari ini aku masih belum pernah ziarah pusara ibu_suri. Entah kenapa aku rasakan seperti tidak cukup kuat untuk menatapnya. Aku sekadar berdoa disetiap sujudku muga Allah lapangkan kuburnya dan tempatkan rohnya dikalangan mereka yang beriman.

Pun esok aku bercadang untuk ziarah juga dia. Ingin mengucapkan salam dan menyentuh tanah yang membaluti kerandanya.

Aku juga bercadang untuk berurusan dengan pembuat batu nisan yang aku dapat nombor taliponnya dari pemidang yang tergantung di hadapan Masjid Kubang Semang atau melalui Pak Omar, orang bertanggungjawap menjaga tanah perkuburan tempat ibu_suri disemadikan.

Tau tak, bila aku dapatkan sebut harga batu nisan dari pembuat itu lalu aku minta pendapat dari anakku, batu mana yang mereka cadangkan untuk aku beli, ini pilihan mereka yang di luar jangkaan aku...



Harganya sekitar rm380. Aku antara setuju dengan tidak setuju dengan cadangan ini.

Pusara abah aku juga dibuat dari batu sungai. Mak aku yang mahu dan dia ambik sendiri dari sungai di kampungku.

Esok bila aku ziarah pusara ibu_suri baru aku buat keputusan muktamad.



3 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

Semoga dipermudahakan segala urusan IM..

Suria Amanda berkata...

Allahu...SA dah lama x masuk sini dan terkejut dengan berita ini...salam takziah IM...semoga dipermudahkan segala urusan Arwah...Al- Fatihah....

Syaz Rahim berkata...

Saya rasa sependapat dengan anak2 pakcik IM