Sabtu, 18 Mac 2017
Oh Singkiku!
Piping untuk singki di belakang dapur memang dah lama bocor sebenarnya. Bil air pun perlahan lahan naik dari rm9 ke rm12. Sikap bertangguh itu sememangnya tak bagus!
Hari ini barulah situkang paip itu senang untuk datang membaiki. Dia tinggal kat Perda. Melihat kepada nama, kulit dan wajahnya mungkin seorang mamak.
'Seronok tengok orang kita buat kerja sendiri,' ujarku ketika melihat dia memunggah perkakasan dari lori.
Asalnya aku cuma nak minta dia perbaiki paip yang bocor dan ubahsuai pili kat singki. Tapi sudahnya aku juga minta dia gantikan tangki pam tandas, baiki dinding bilik mandi yang berlubang lubang dan ubah suai paip depan porch.
'piping rumah ni rasanya dah lebih 10 tahun dah...' ujarku lagi.
Aku teringat dahulu, balik sahaja dari kerja aku terlihat ibu_suri bertukang di dapur. Bila aku menjengah, ibu_suri bertanya aku sambil di tangannya memegang mertol...
'Tadaaa... Macam mana abang. I nak buat lain para singki ni'
Aku tepuk dahi dan beristighfar beberapa kali melihatkan para singki tinggi suku bahagian. Yang lainnya pecah berderai menyembah lantai.
Lantai tandas pula dah tinggal sekerat. Mangkuk tandas retak...
Jumaat, 17 Mac 2017
Walimah Ke 3
![]() |
| Rusli Hashim dan Rahidah Saad |
Hari ini, sahabat akrabku Rusli Hashim, blogger Jendela Hati bakal menerima menantunya yang ke 3. Majliss pernikahan akan diadakan di jazirah bakal menantu - Bagan Datok.
![]() |
| Anak - Saiful Nizam |
Aku mendoakan semuga kesemua perancangan dan perjalanan mereka pergibalik selamat dan diberkati Allah.
Majlis walimah akan di adakan pada 25hb ini di halaman rumahnya.
Aku dipertanggunjawapkan untuk membantu dj majlis sepanjang hari itu.
Sayangnya, aku dah tak punya laptoplaptop. Terkilan sedikit sebab tak dapat nak susun lagu lagu baru untuk siaran di majlis itu nanti.
Khamis, 16 Mac 2017
Teh Cina
Kelmarim aku terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa cara meminum teh hijau atau teh Cina ialah ketika masih panas. Ketika itu khasiat teh berada dalam keadaan optimum.
Jadi selama ini aku tersilap la. Aku memanaskan teh ke dalam teko. Setelah teh suam aku masukkan ke dalam peti ais. Meminumnya apabila terasa dahaga sahaja.
Mr Zheng pernah beri aku sebuku teh Puerh Tea bila dia ketahui ibu_suri mengalami obesiti. Sayangnya ibu_suri ttak suka minum sebab tawar bila tanpa gula. Selera ibu_suri ni memang payah sikit nak dilayan.
Jadi akulah yang perabis. Dah hampir 2 tahun aku amalkan meminumnya namun rupanya dalam cara yang tidak betul.
Aku ada banyak stok teh jenis tanpa gula ini pemberian anak saudara dan kawan.
Mulanya memanglah tak sedap minum tehbtanpa gula ni tapi bila dah biasa rasa ok jer.
Setahu aku, amalan minum teh di Cina dan Jepun juga tanpa gula. Aku tonton dalam kebamyakan filem mereka, mereka minum sikit sikit dalam mangkuk kecil. Mungkin kerana itu tak ramai dari mereka yang obes macam kat Malaysia ni...
Sabtu, 25 Februari 2017
Bila Dia Terjaga...
Bila terjaga sahaja ibu_suri dari tidur ertinya bermulalah tugas rutin aku yang menuntut ketabahan.
Pagi ini aku mati idea nak sediakan sarapan apa. Silapnya malam tadi aku tak singgah kedai bakery untuk mencari roti.
Nak keluar membeli hanya kerana sebungkus nasi lemak teramatlah malas.
Selera aku boleh dengan hanya mengunyah 2 keping roti wholemeal setiap pagi beserta secawan teh cina tapi tidak bagi ibu_suri. Tekaknya begitu choosy...
Teringat masih ada stok mi maggie. Ada perisa seafood, cili hijau dan kari. Aku ambil bungkus mi kari. Yang ini pun belum tentu dia akan habis memakannya apatahlagi perasa seafood atau cili hijau yang memang jarang dia makan.
Oleh kerana tong gas kat dapur aku dah kena curi bulan lepas, aku masak guna periuk nasi letrik sahaja.
Bila dah siap, aku aturkan ke atas talam beserta semug milo dan 2 bekas ubat untuk pagi dan malam.
Bawa masuk ke dalam bilik beserta dengan sekuntum senyuman mancing mood yang baik.
"Makanlah... Pagi ini menu special. " ujarku dengan harapan ini bertepatan dengan seleranya.
Aku kembali ke dapur mengekap meja yang berselerak.
Tak sampai seminit, kedengaran suara ibu_suri.
Ah... Tau dah!
Khamis, 23 Februari 2017
Citarasa Yang Tak Terbendung...
Habit yang tidak boleh aku bendung dari muda hinggalah ke tua begini ialah meneguk minuman 3in1. Sekiranya aku bercerita kepada orang apatah lagi doktor tentulah berkati kati nasihat mereka. Sebab itulah aku diamkan dari bercerita.
Aku paling suka minum teh tarik Alitea. Sayangnya, ia cuma mudah dibeli di pasaraya dan tidak di kedai kedai sekitar tamanku.
Ini semua adalah gara gara kebiasaan sejak bekerja. Bila membeli teh atau kopi dari kafetaria, rasa teh atau kopi itu tak menentu. Kekadang pedak kekadang ceroi. Kena beratur yang kekadang itu agak lama.
Maka cara paling cepat ialah dengan memasukkan syiling ke slot vending machine dan tekan punat mana mana jenis minuman yang serasi dengan citarasa.
Dipalit pula dengan kesibukan ibu_suri yang ditugaskan untuk menjaga tadika yang baru sahaja diresmikan pembukaannya. Menambah jarak rajin dia yang memang tak berapa minat ke dapur...
Jadinya, makan kami anak beranak selalunya nasi bungkus atau lansung di restoran sahaja.
Tahun 2007, ibu_suri di serang mild stroke. Maka kebergantungan sarapan beli kedai atau segera siap semakin menjadi kebiasaan.
Hendaknya jika ada tawaran mug istimewa pada pack minuman yang dijual, ianya semakin menarik minat aku untuk membeli jenama itu.
Nak kata minat sangat kumpul mug, tidak jugak. Tapi tak banyak sikit ada la...
Langgan:
Catatan (Atom)





