Khamis, 18 Jun 2020

Sebak


Sediakan makan pagi untuk ibu_suri sebelum bersiap-siap ke tempat kerja.

Kami sama sama sebak di birai katil. Teringat nasib Akhmal yang dijangka akan dipenjara selama 5 tahun dengan sebatan.

Entah sempat entah tidak dia melihat aku tatkala tiba masa dia dibebaskan kelak.

Isnin, 15 Jun 2020

Pasrah!

pautan


Menunggu pintu mahkamah di buka dengan segala kecamuk di dada. Sepi dan kesaorangan...

Ahad, 14 Jun 2020

Ke Mahkamah Lagi...


Sekitar 6 petang tadi AAA talipon aku.

' Ayah, kena tangkap lagi.'

Aku cuba rileks sahaja.

Memang pun, dah 2 kali polis cari dia. Sekali tu dia ada di Setiawan. Paling baru bulan lepas, polis datang ke rumah tapi aku takda. Dia pun tak ada kerana bekerja. 

Polis katakan, boleh tahu kat mana dia bekerja. Di tempat kerjalah dia ditangkap.

Beriya iya dia minta aku jaminkan dia. Dia tak mahu meringkok lagi di penjara. Katanya kali ini berkemungkinan dia akan kena 5 tahun. 

Aku nak boleh kata apa. 

Fikir pasal dia satu perkara. Fikir pasal ibu_suri pula satu perkara lain. Boleh sesak nafas dibuatnya.

Bercerita pada Angah dan Along pun setakat boleh cerita ajelah. 

Esok pagi aku akan ke Mahkamah Butterworth dengar kes dia dibacakan.

Aku tak mahu beratkan fikiran. Nak take it easy sahaja. Dia yang cari pengakit, dia tanggunglab sendiri. Bukan tak pernah aku bagi nasihat. Bukan tak pernah aku jamin dia. 

Kali ini aku ikut sahaja takdirNya. 

Aku tak nak beratkan dadaku dengan beban yang diluarkan jangkawanku... 

Kalau benar 5 tahun, fuh... 

Nasi



Sekarang ini aku lebih suka masak nasi sendiri dan hanya beli lauk sahaja untuk sarapan. 

Nasi yang selalunya aku beli sebelum ini sudah tidak lagi sesuai dengan kunyahan gigi yang semakin tidak ada ini. 

Aku memasak nasi dengan membubuh air yang lebih supaya lembut dan serap kuah. 

Gigi aku dah 2 batang tertanggal sendiri. Ini masih ada yang longgar dan tunggu masa untuk tercabut.  Gigi geraham besar memang dah lama rosak dan dicabut. 

Agaknya memang begini keadaan gigi padainsan yang berusia emas seperti aku. Gusi sudah tidak kuat untuk memegang gigi. Atau mungkin juga benar kata kata doktor gigi aku dulu bahawa kan sampai satu masa dimana gusi akan menolak keluar gigi dari tempatnya. 

Malu untuk membayangkan bila gigi hadapan pula akan tercabut satu demi satu. 

Khamis, 4 Jun 2020

Jatuh Lagi

Keadaan ibu_suri kian uzur aku kira walaupun secara luarannya dia mungkin nampak ok di mata lain orang.

baru-baru ini dia terjatuh dari kerusi roda ketika hendak berpindah duduk ke katil selepas selelsai aku mandikan. Walaupun aku ampu dia setiap kali dia bangun dan hendak berpindah duduk ke katil tapi hari itu dia terkendon lutut meyebabkan rebah ke badan aku dan aku tersandar di dinding, dia jatuh ke lantai dalam keadaan kaki terlipat. Dia mengaduh ke sakitan bagai anak kecil.

Nasib baik Akhmal baru balik dari kerja. Tumpang kederat dia lah, kami ampu ibu_suri naik semula ke katil. Beratnya... Tuhan sahaja yang tahu.

Walaupun Akhmal itu sekadar anak angkat dan auratnya terhadap ibu_suri bukanlah mahram, tapi di saat kecemasan begini aku ketepikan itu semua.

Inilah antara insiden yang menghantui aku bila setiap kali dia merayu minta aku bawa dia keluar bersiar seperti sebelum ini atau lebih sedih bila tak lama lagi jadual berjumpa doktor akan tiba. Bagaimana aku nak bawa dia ke kereta atau keluar semula dari kereta ke katil. Aduhai...

Semalam dia mengadu pedih ketika buang air kecil. Aku harap ianya bukan kerana jangkitan kuman seperti yang aku pernah alami. Jika kerana jangkitan kuman, payah lah pula kerana  terpaksa di rujuk ke klinik...