Isnin, 8 Februari 2010

Rindu

Kasih
kemanakah kau pergi
aku kesunyian menahan rindu
cucuran airmata tak tertahankan
merindui elusan bujukanmu.

Rindu
entah kapan akan bertemu
cahayaMu yang bening
umpama kandil di malam gelap
perlunya aku untuk menerangi perjalanan.

Emak
adakah kau tahu teriak tangis hati ini
sejak bertahun lalu aku sendirian meneruskan perjalanan ini
tiada teman bicara
tiada sutera mengesat luka.

Tuhan
bilakah doaku akan kau perkenan
untuk melihat cahaya matahari di hujung jalan
untuk merasai hembusan bayu menampar pipi.
apakah dosaku tidak terampun kan lagi?

Sepi mengigit hati

Seperti tidak layak aku bergelar lelaki!


renesas, bayan lepas.
8 feb 2010

3 ulasan:

Mybabah berkata...

Salam IM. Indah sehingga meresap ke sanubari. Jujur yang mengusik tangkai hati...

mamai berkata...

rindu yang buat kita sedar siapa diri kita

hrusli61 berkata...

Wahai Pengemis Rindu
Pulanglah ke pangkuan
Pangkalan asal asas perjuangan
Bersama para mujahid dan mujahidah

Jangan kamu mengemis simpati lagi
Sesungguh dalam diri kamu ada aku
Dalam diri aku pernah ada kamu
Kangan bangat bersaing bersama kamu

Mengemis bukan sifat kita
Pernah dahulu sama kita berpencak
Puncak Tahan pernah tunduk dijejaki
Tujuh petala akui kau tetap lelaki