Ahad, 8 Ogos 2010

Guruh Di Hati

Hujung minggu ini aku letih dengan agenda duniawi. Selepas night duty semalam, aku cuma sempat tidur beberapa jam. 12 tengahari aku bersiap untuk ziarah Akhmal di STB. Aku pujuk juga ibu_suri supaya menggagahi badannya untuk pergi.

Bila melihat langit yang kelabu, aku sedikit bimbang. Jika hujan turun di sana nanti kerenyahan menjaga ibu_suri yang banyak serongeh menuntut kesabaran yang bukan sedikit.

Dari jauh aku perhatikan Akhmal berjalan tempang.

"Kenapa?"

"Tak da apa-apa..."

"Kalau tak boleh bagitau ayah sebabnya, mestilah perkara tu berat. Kalau boleh bagitau ayah maknanya ok lah tu..."

Aku biarkan teka teki itu tidak dijawap secara jujur oleh Akmal. Dia dah besar. Biar dia urus sendiri permasaalahannya itu. Aku kenal anakku yang sorang ni. Walaupun sekadar anak angkat, tetapi aku memeliharanya sejak dari tapak kakinya sebesar 2 jari tanganku ini. Jatuh bangunnya dalam tumbesaran hidup, aku yang peduli.

Tidak sampai pun 15 minit kami makan dan berbual, ibu_suri dah merengek hendak balik.

"I tak selesa duduk macam ni. Lenguh. I nak baring."

Sebaik saja aku mengambil kad lawatan dari polis yang menjaga pos, aku segera menyimpan barang-barang ke dalam kereta. Kemudian kembali mendapatkan ibu_suri. Sekali imbas aku dapat melihat muka Akhmal kemerahan. Aku tahu dia menangis. Mungkin bila melihatkan kondisi ibu_suri yang kian diam, murung dan terpaksa dipapah berjalan.

Aku seperti selalu. lebih bersikap gentleman. Meminjam kata-kata WN di sini: Guruh di langit dengar bunyinya. Guruh di hati, hanya Tuhan yang mengetahui.

Ramadhan Kareem, aku menantimu dengan bejana penuh rindu!

12 ulasan:

hrusli61 berkata...

Arakan mendong kelabu kian mengekori langkah kita.

Itu ku jakin pusingan cuaca menuruti janjiNya.

Namun kita harungi samada berpayong atau tiada.

Aku susun jari-jemari ini memohon kepada Illahi Rabbi.

Agar kau dan aku tabah bersama menungkah arus yang kekadang deras ini yang ku harap di suatu masa akan ketemu muaranya.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

hentian berkata...

tenangan panah tentulah ke sasarannya. memegang busar tentulah memerlukan kekuatan jiwa.

ke2-2 ini pasti hanya akan bersatu jika allah merestuinya.

allah itu kekasih yang satu. yang maha pemurah dan maha mendengar...

ibuintan berkata...

Ramadhan yang dinanti,
sesukar manapun keadaan kehidupan perlu diteruskan..

aby berkata...

salam ziarah IM ..
ramadan nak datang ..
kerinduan mengamit kenangan bazar ramadan, kat tepi ban pekan penanti .. bazar seberang jaya .. jln baru ..
24 thn dok kt utara n 4 kali mengundi kat Dewan Perda, jln permatang pauh .. dan sedap char koew teow pekan permatang pauh .. kawasan IM memang sangat saye ariff...

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Salam ziarah.

kakcik berkata...

Salam IM..

Pastinya kedatangan Ramadhan kali ini membawa bersamanya rahmat yang tersembunyi buat kita semua. Dan kita pun bersungguh2 mencari yang tersembunyi itu. :)

ahmad humairi berkata...

ramadhan datang lagi,
mencari laila didalamnya.

hentian berkata...

ramadhan memang selalu akan datang. cuma kita sahaja yang kekadang terlupa menanti dengan segala persiapan.

Omaq oTai berkata...

Moga Allah terus beri kekuatan pada kita semua dalam melayari kehidupan sebagai hamba-Nya..

Salam Ramadhan Kareem..
Moga kita sentiasa bersiap-sedia..

Syahazli berkata...

kemarau kata-kata...semoga kuat selalu

siti murni berkata...

salam ziarah IM..
salam ramadhan buat IM sekeluarga..moga ramadhan kali ni datang dengan seribu kerahmatan..

hentian berkata...

ya, moga IM tetap tabah harungi ramadhan kareem yang penuh syahdu, rindu dan nostalgik!