Jumaat, 20 Ogos 2010

Pasrah

Aku udah diberitahu oleh Akhmal beberapa kali sebenarnya lewat ziarahku di STB sebelum ini. Tapi entah kenapa surat semalam benar-benar mengocak ketenanganku yang memang pun cuma tinggal sedikit selama ini.

"Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti, Taiping untuk diberi pembebasan awal berlesen di atas disiplin baik sepanjang mengikuti program pemulihan di institusi ini. Dengan itu......."

Arrghh....

"Apa plan ayah?" Tanya Angah sebaik sahaja diberitahu berita ini.

"Ayah nak dia belajar motor dulu. Senang nanti dia pergi kerja."

"Ada ke duit ayah?"

Diam.

"Kenapa tak bagi dia sekolah lagi?"

"Semuanya terletak pada diri dia sendiri. Kalau dia tidak ulangi perangai lama dan mahu belajar tak ada masalah bagi ayah untuk usahakannya. Dia bukan jenis belajar secara teori. LD (Learning Disability) seperti dia lebih kepada praktikal."

Aku suruh Angah ushar mana-mana kelas memandu. Tanya tengok ada tak kemudahan untuk ujian ambil lesen motor bagi kes seperti Akhmal yang slow dalam pembacaan dan sukar menjawap soalan dengan cepat apatah lagi yang berbelit-belit.

"Ada ayah. Angah dah tanya kedai memandu Melati kat Bukit Tengah. Siap ambil Akhmal dari rumah lagi. Tapi apapun Akhmal kena bawa pergi JPJ dulu. Biar JPJ sahkan. Kena ada dokumen perubatan dan kad kuning tu."

Hah, sedikit lega hatiku. Paling tidak bila dia ada motor tak perlulah lari dari sekatan polis sepertimana yang berlaku dahulu dimana akhirnya membawa dia ke tempat dia sekarang ini.

Sabtu ini aku akan ke STB. Menghadiri majlis pelepasan anakku yang ke3 ini; yang pastinya gembira dan tidak sabar-sabar lagi hendak balik ke rumah. Sebaliknya aku pula yang mula mengira-ngira tambahan tanggungjawap yang perlu aku pikul kali ini. Ah.. Gunung Tahan lagi pernah kudaki. Harap-harap kalau pun Gunung Kinabalu, ianya memudahkan sedikit.

Respon dari ibu_suri...tiada. Aku pun sedikit heran.

Apapun, yang lebih penting ialah senarai apa yang perlu aku perbuat untuk pembaikan Akhmal. Tidak peduli apa pandangan jiran dan kawan-kawan bila mengetahui dia akan balik. Tidak kira samada Akhmal benar-benar akan berubah atau sebaliknya.

Itu, serah saja pada Allah yang Maha Mengetahui. Tak usah ghaflah. Aku pasrah je!

14 ulasan:

ain fathihah berkata...

IM, bertahan! IM kan superhero.

CgMas berkata...

Setuju dengan pendirian En IM - pasrah. Sy berusaha akan mengikuti Zul dengan menjadi guru kelasnya sehingga tamat persekolahan rendah. Selepas itu? Pasrah juga adanya...

kakcik berkata...

Salam IM..

kakcik turut doakan agar IM dan keluarga diberiNya kekuatan dan Akhmal akan berjaya menemui kekuatan dirinya dari sisi yang baik. InsyaAllah.

ahmad humairi berkata...

salam,

amin kehendak IM,
pasrah , sabar, tabah serta tawakkal.

CITY® berkata...

salam,

hmmmm..
banyak rupanya dugaan dan ujian im ,
benarlah bahawa suami/isteri ,anak2 , harta adalah ujian tuhan pada hambanya...
semoga im tabah dan meminta pd tuahn dalam apa2 jua masalah,
saya doakan ramadhan ini memberi sejuta kebaikan pada kita semua, amin

Ariff Budiman berkata...

Insyaallah Abu. pasti ada keberkatannya didalam bulan Ramadhan. Kita sebagai ayah lakukanlah yang terbaik untuk mereka walaupun ada ketikanya kita juga perlu dipedulikan. Tabah, pasrah dan doa. Itu saja senjata mukmin

hentian berkata...

terima kasih semua. memanglah dah tabah, dah sabar, dah doa... tinggal pasrah je.

nasib baik ada blog ni untuk mengadu hal pada rakan blogger yang super prihatin dan super duper...he..he..

ibuintan berkata...

slamat berpuasa hari ke 10 IM,
ketabahan dan kesabaran itulah kekuatan IM selama ini, insyaallah Allah akan mempermudahkan segala urusan IM...

iqbalsyarie berkata...

tahniah IM.Semoga semuanya okey2~ :)

Cerita terbaru di blog.kisah si tudung labuh~kisah nafsu~kisah jahiliyyah~kisah Israel~

Idalara berkata...

Salam IM
sebenarnya IM tidak bersendirian..sy juga menghadapi msalah yg agak berat..bezanya sy masih tidak snggup menulis menceritakan apa yg berlaku di blog..syabas..IM seorg ayah yg kental dan berterus terang..mudah2an Allah permudahkan segala urusan IM dlm mendidik anak2 insyallah.

pecinta_Islam berkata...

hmm..sy cuma terfikir knp dngn akhmal...mungkin sdkt wujud tnda tanya..tp x apalah..sy doakan muga akhmal baik2 shja disamping keluarga tercinta.dan muga keluarga IM akan dirahmati Allah..

kak ja berkata...

Saya percaya, setiap remaja perlu diberi ruang dan peluang utk membuktikan dirinya.. Pedulikan apa kata jiran dan manusia sekitar kita.. Kita lbh kenal anak2 kita..

Syabas, IM!! Anda manusia hebat, sekurang2nya di mata saya!!

FaAtip berkata...

Saya banyak ketinggalan dgn kisah IM. Tiba2 rasa nak go through kisah IM dari awal...tapi...banyaknyaa nak baca!! :D

hentian berkata...

IM baru saja ambil akmar dari STB. doakan muga IM kuat semangat menjaga dan melindungi mereka ini...