Sabtu, 4 September 2010

Rindu

Menjelang ke 24 hari Ramadhan aku mula terasa pancit. Letih jiwa raga. Berat rasanya memikul tanggungjawap menjaga keluargaku ini sendirian.

Itupun kira alhamdulillah juga. Cuma menjaga seorang isteri dan 3 orang anak. Bukan 1 team bola macam sahabatku di Permatang Janggus itu. Hik!


sebahagian dari anak-anak sahabatku itu. Sesekali melihat keletah mereka, rasa terhibur.

Khamis lepas aku bergegas balik kampung berdua dengan adikku yang tinggal di Kulim. Tanpa pengetahuan ibu_suri sebab respon ibu_suri bila diajak balik agak negatif.

Jumaat pula cuti kerja lagi kerana perlu rujuk Akmar di klinik Kubang Semang sebelah pagi dan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat lepas sembahyang Jumaat. Kerja-kerjaku di ofis tentunya sedang menimbun.

Entah kenapa ibu_suri sejak dua menjak ini asyik tidur je. Bila aku tegur dia membentak.

Bangun sahur jam 4.30 pagi. Kekadang sampai tak tahu nak masak lauk apa untuk makan. Pernah terlupa pesan Angah beli lauk, terpaksalah aku merekacipta lauk dengan apa yang ada.

"Pasal apa bau lain macam je ayah?"

"Apa la ayah.. Asyik hangit je 2-3 hari ni!"

Kekadang bila singgah di Bazaar Ramadhan, 2-3 kali ulang alik kerana hampir tak tahu nak beli lauk apa. Balik-balik ayam, daging, ikan keli, ikan bawal... Balik-balik kuih tepung talam, karipap, cucur udang....uffsss... macam takda lauk lain lagi kat atas dunia ni...

Namun apa nak dikatakan lagi. Sabar ajelah menempuh sisa hidup yang tinggal sedikit ini. Aku berdoa muga-muga di usia yang masih berbaki ini aku sempat menjaga ibu_suri hingga akhir hayatnya dan melengkapkan bekalanku ke sana.

Seseakali bila melihat adik-adik dan rakan-rakanku tampak bahagia dengan keluarga dan masih boleh menjalankan aktiviti kemasyarakatan, aku merasakan diriku amat kerdil....

Aku rindukan suasana itu. Rindu sesangat!

18 ulasan:

Zakir Lazarus berkata...

hisap candu berbulan merindu
mengetuk tabuh seorang diri
itu tandanya allah beritahu
kesunyian itulah rinduNya yang hakiki
.
.
.
.agaknya rindu tu macam orang cina dulu-dulu hisap candu ker setia sangat dgn candunya.

hentian berkata...

keh..keh..keh.. pandai-pandai aje mike ni!

ahmad humairi berkata...

salam,

kenapa agaknya ek...ibu_suri selalu tidak memahami perasaan IM?

sabar...sabar...itu yang aku kagum!

ab@h_Izz berkata...

tumpang simpati terhadap apa yang brlaku...tk smua org tabah mghadapinya sepeti IM..

ninie's corner berkata...

tiap2 ari mkn telor goreng hancur waktu sahur.....

kak wan berkata...

Rajin - rajinlah IM selak - selak resipi..saya yg tugasnya memberi makan keluarga pun kadang kebuntuan.
Camana dgn raya ..juadah raya pun IM kena masak ke..

h A n Y S berkata...

bila tengok keletah budak2, seronok sgt rasa..kalau ada masalah, boleh lupa masalah bila layan keletah budak2 kecik nih..hehe

hentian berkata...

AH n AI,
ibu_suri mengalami kemurungan lewat bipolar disorder yang dihadapinya. IM tak salah ibu_suri. Terima sahaja takdir Ilahi. Hari ini hari dia. Entah-entah esok lusa hari IM pula.

Kata P Ramlee, dunia ini ibarat roda.

hentian berkata...

Ninie's,
Serupalah kita. Punya nak cepat sampai telor dadar jadi telor caca...

Kak Wan,
IM malas nak selak resipi. Pernah cuba sekali dua tapi tak menjadi.

Hanys,
IM ni serononok tengok je. Nak jaga dah malas dah..

maiyah berkata...

rindu tu indah..

slmt hr rya.. maaf zahir batin

sahromnasrudin berkata...

salam..faham memahami itulah rukun dalam rumahtangga kan

ibundo berkata...

DIA menduga kita dengan pelbagai cara. Semuga DIA membalas kesabaran IM menerima dugaanNYA itu.
Tidak ramai yang sabar seperti IM ini....

en_me berkata...

ramainyerr anak anak ittewww.. uhuhu

ibuintan berkata...

salam IM,
takdir hidup setiap manusia tidak sama, setiap kita ada dugaan sendiri..
kelebihan IM adalah ketabahan dan kesabaran, tidak semua org ada dua perkara itu

hentian berkata...

maiyah,
kekadang aje rindu itu indah...

sahromnasrudin,
betul tu. faham memahami, toleransi dan sabar adalah kunci rumahtangga yang kekal.

hentian berkata...

en_me,
ramai dan riuh rendah. tak perlu kawan lain. bermain sesama mereka sahaja pun dah cukup.

ibuintan,
bagi IM yang tak punya apa-apa dan tak pandai dalam apa=apa ni, sabar dan tabah aje yang ada. syukran jazillan!

kakcik berkata...

Salam dan Selamat Hari Raya IM...

semoga terus menjadi suami dan ayah yang sabar dan tabah... :)

rerama salju berkata...

Salam AidilFitri IM,

Moga Aidilfitri ini memberi sinar dlm hidup IM sekeluarga.