Selasa, 7 September 2010

Smile Is The Best Medicine

Pabila ibu_suri menggelengkan kepala tatkala ditanya di mana langsir pintu Hari Raya lepas, neuron dalam otakku mula berkocak deras. Aku memandang pintu rumah. Hmm... nampaknya kitar semula langsir inilah.

Bila saja aku turunkan langsir itu baru aku sedar rupanya rumah aku hanya bersih di luar tetapi berdebu di belakang. Hampir setengah hari aku bersilat di anjung rumah. Mengemop lantai, vakum siling dan membasuh langsir. Mak aii... berat langsir itu seberat tugas suri rumah, rupanya!

Di masa yang sama aku teringat anak-anakku. Apa yang hendak dihidang kalau kawan-kawan mereka datang beRaya. Lebih-lebih lagi kalau bakal besanku bertandang kelak?

Aku menghantar mesej pada kakak iparku yang tinggal di Bertam, bertanyakan kuih raya. Aku jumpa kawanku yang selalunya menjual tempeyek, antara makanan kegemaranku. Aku tempah 3 bungkus. Aku teringat minuman botol HPA. Sarsi dan Ice Cream Sodanya, sedap. Aku akan beli beberapa botol untuk dihidangkan pada tetamu. Ringkas dan cepat prosesnya. Sementelah, aku bukan pandai sangat nak buat sirap atau jus oren.

Aku jengah bilik anak-anak. Uhh... macam kapal karam. Semua ini perlu aku sempurnakan. Puasa tinggal 3 hari sahaja lagi. Sempatkah aku?

Aku bimbang juga dengan keadaan ibu_suri yang mutakhir ini kuat tidur. Sesekali dia mengeluh dan bertanya aku kenapa dia jadi begitu. Aku pun menggaru kepala yang tak gatal. Apa yang boleh aku kata melainkan.... jangan bimbang. Abang akan ikhtiarkan untuk cari ubat. Sabar ya...

Namun, bila di luar; bersama rakan-rakan dan saudara-mara aku tetap bersikap seperti tiada apa-apa. Aku percaya pada falsafah hidup; Smile is the best medicine!

Kini aku mula memahami kenapa para surirumah begitu ambil berat tentang persiapan Hari Raya. Semua ini untuk kesejahteraan dan kegembiraan anak-anak dan suami juga!

17 ulasan:

kakcik berkata...

Salam IM..

kakcik pun masih belum mengemas rumah... bilik anak-anak pun biar mereka kemas sendiri... :)

CgMas berkata...

N3 En IM yg ini lagi buat saya bertambah tension... kenapalah saya ni tak suka sangat buat kerja rumah... lepas2 ni bila anak2 semua dah ada rumah sendiri, saya nak duduk menyewa bilik je! X yah susah2 nak fikir bla bla bla tu... Bukan saya geram pada En IM yg pandai buat kerja rumah ya, jealous adalah!

hrusli61 berkata...

Mahu tidak mahu ini rutin hidup. Takkan Aidil Fitri itu sama dengan hari-hari biasa.

Mesti buat kerja lebih sikit untuk hari yang istemewa ini.

Takpa kemas rumah pun ada pahalanya, tidak kira si suami, si isteri atau anak-anak yang membuatnya. Yang penting ada orang buat.

IKRAMediapp.com berkata...

Selepas kita cuba yang terbaik untuk kemaskan ibadah kita tiba masanya untuk kemas rumah pula.

Tiga perkara yang memeberi kebahagiaan di dunia ialah :
1. Kenderaan yang baik.
2. Rumah yang selesa
3. Isteri yang solahah

hentian berkata...

kakcik,
nak harapkan anak-anak kemas sendiri, berkulat la jawapnya...

CgMas,
jealous tu boleh. Tapi rumah kena kemas juga. kan itu tangungjawap yang bernama isteri dan ibu.

hrusli61,
yang mengemas sorang. yang memunggah ramai. tu yang buat IM semak dada...

IKRAMedia,
TK kerana ziarah. Dan juga TK atas nasihat.

muga nasihat ini berguna buat komentor yang lain juga!

ninie's corner berkata...

sama la kite...umah masih belom berkemas, berselerak...langsir pon xde...:(

ainnoraini berkata...

salam IM...
saye pun belum mengemas rumah lagi..mungkin balik dari kampung baru la buat kot...sebab esok kerja lagi....

Selamat bergembira bersama keluarga tersayang

ibuintan berkata...

Salam IM,
dah mula berkemaskan..maknanya IM dah tau nak mula dari mana .hehehe

takpe beransur-ansur, saya juga bernasib baik sebab suami suka berkemas, hari Ahad lepas suami dah mula operasi mengemas, terutama membuang habuk dan debu di tempat yang tinggi di kipas, lampu dan siling..

bilik anak2 pula wajib kemas sendiri supaya mereka juga dapat merasai kesibukan sebelum tiba satu syawal

hentian berkata...

ninie,
takpa. esok lusa ada le rezeki beli langsir baru tu.

ainoraini,
seronok dapat raya di kampong. makan makanan tradisional.

IM tak pasti dapat balik atau tidak. tengok mood ibu_suri!

ibuintan,
yelha... selalu bila last minute baru ada ilham nak kemas. tapi buat ketrja macam lipas kudung la...

Zakir Lazarus berkata...

zakir maseh lagi bujang ha ha hak.... tapi bab kemas rumah memang mulut lebih laju dari penyapu.

soalan yang sukar nak jawap:-
walau makhluk planet zuhal pun tak buleh jawap soalan ni. Tapi jika ado orang buleh jawap soalan ni sah memang sah orang tu makhluk planet apa-apa jerlah....
.
.
.
soalannya :-
KENAPAKAH MAK-MAK KITA SUKER SIMPAN BARANG-BARANG(baju lama, almari buruk, pinggan mangkuk dan bla-bla-bla)HINGGA BERTAPUK-TAPUK MENJADIKAN RUMAH YANG SELUAS PADANG RAGBI BERTUKAR BAGAI RUANG MENYIMPAN MAYAT. HINGGA JIRAN DARI SEBERANG HUTAN BERNAMA CIK MENTI PUN DATANG BERTANDANG. DAN BUKAK WAD BERSALIN BELAKANG ALMARI. HMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM KELUHAN PANJANG NI.....

APA PUN ZAKIR PESAN HORMATILAH IBU SEBAGAIMANA ALLAH MENTAATI KITA....

DENGAR LAGU NI MEMANG MENYENTUH KALBU KU. Far East "Maafkan Ibu Tidak Sempurna"

Ketika engkau memalingkan muka
Ibumu tersenyum, katanya engkau anak
kecilnya tak cukup dewasa
Jauh dihatinya ibumu berdoa
Moga kau berubah,
agar anaknya ketemu hikmah

hentian berkata...

Bagi keluarga IM yang rajin simpan barang lama ni abah IM.

Tapi bila dah kawin ni ibu_suri la yang suka simpan. Kekadang berpuluh tahun simpan, tak guna lansung...

kak wan berkata...

Malas dah nak cakap pjg pasal kemas rumah ni....kakwan ni sampai demam..duk pikir pasal raya ..listnya panjang sgt..

hentian berkata...

kak wan,
takpa. kifarah untuk doasa kecil tu.

gitulah agaknya mak kita dulu semasa kita masih bebudak. dunia ini ibarat roda...

luahfikiran berkata...

SALAM,

LF MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DITERIMA OELH ALLAH SWT

hentian berkata...

LF,
SHR juga dari IM. jangan lupa puasa 6 pula lepas ni...

iBu...gUru berkata...

Salam IM
Salam aidil fitri dari saya... mohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran bicara selama ini. Moga bahagia di aidil fitri bersama org2 tersayang. Tabahkan hati menghadapi setiap dugaan yang tiba......... sesungguhnya setiap yg datang itu mempunyai hikmah yg tersembunyi....... SHR..... MZB... jemputlah ke rumah .......

hentian berkata...

iBu..gUru,
MZB juga dari IM. eh.. bila pula ada buat kesilapan, ha...?