Tuhan,
maafkan aku jika aku bersalah
meminggir suruhanMu sedangkan ia tiada ruksah
bukan aku tidak mahu
cumanya aku kalah.
Tuhan,
berilah aku sedikit waktu lagi
untuk memperbaiki lagi kelemahan dalam diri
kerana aku tidak betah menemuiMu
dalam keadaan aku compang camping begini.
Tuhan,
berikanlah aku peluang
untuk aku kembali ke dalam diri
menilai erti duniawi
menilai makna diri.
Aku cuma minta kasih sayang
aku cuma minta cahaya panduan
aku cuma minta jalan pulang
sekadar itu, tak lebih tak kurang.
Bukan minta waktu seratus
apatah lagi seribu tahun!
17 ulasan:
assalamualaikum,
pesan pada diri ini....kenapa masih bertangguh, masih bermalas-malas....haiiihhh..
DIA sering mendengar, tapi kita sering terlupa untuk meminta...
selamat tengahari IM
peluang nak yakinkan diri kadangkala buatkan kita alpha, sekurangnya kita dapat beringat kan?
insyallah..kalau dan ada niat..pasti kita dah diberi peluang nak menuju ke arah itu;.amin..
dia maha mendengar
salam IM
Moga saya juga diberi peluang itu..
Menusuk dikalbuku. Aku pohon jua peluang itu...
Salam IM
Monolog untuk dihayati bersama
AH,
malas ini sahabat syaitan
kakcik,
kekadang malu unutk meminta dariNya.
CR,
dia Maha Mendengar.Kita maha pelupa.
abah izz,
muga kita sempat mendapat peluang itu.
kak pah,
tuhan Maha Adil.
ImanShah,
Monolog dari hati yang jujur.
Salam IM..
mudah2an..aminn..
saya jugak mahukan peluang tu...
ini lah yang dikatakan rasa taubat yang khusus.alangkah nikmatnya taubat..
permintaan seorang hamba yang menusuk jiwa.
saya mangaminkan doa anda !
salam IM...
saye pun berharap agar diberi peluang...
salam IM,
saya pun sentiasa menanti 'peluang' tu... terasa diri ini penuh noda dan dosa... moga sy akan diberikan kesempatan utk menerima 'peluang' tersebut begitu juga dgn IM...
siti murni,
sesama kita berdoa.
ghost writer,
masalahnya, hari ini taubat, esok buat balik..hu..hu..
al lavendari,
permintaan demi permintaan.
ainoraini,
minta, insyaAllah akan dapat.
السلم عليكم ورحمة الله
Pesan pada diri..
Jangan bertangguh dalam beramal..
Kerana ajal tiada diketahui bila..
Berbuatlah semampu mungkin..
hebat rasa kehambaan IM
somoga kita diberi peluang
sebelum dijemput pulang
areef,
iman kita ibarat laut. kekadang tenang kekadang berombak.
abd razak,
gentar bila memikirkan tentang ajal.
sud@is,
peluang sentiasa ada sebenarnya. kita sahaja yang masih alpa.
insyallah, sama2 kita menuju ke arah kebaikan.......
Catat Ulasan