Rabu, 14 September 2011

Anak Bertuah

Banyak betul aralnya dengan anak aku yang seorang ini. Dahlah nak menyuruhnya membuat latihan membawa motor di Melati, Bukit Tengah itu macam pahat dengan penukul aje. Bila cukup tempoh jam latihan seperti yang ditetapkan JPJ dan layak untuk ambil ujian P, kemalangan pula.  Walaupun kali ini bukan salah dia, tetapi masalah tetap masalah.

Ikut katanya, kawan dia yang menunggang dan dia hanya membonceng. Tapi kawannya itu bersembang dengan sebuah motor lain yang bersaing dengannya. Bila dia memberi isyarat bahawa hati-hati kerana ada van di depannya kawannya itu masih ralit bersembang. Dan dalam sekelip mata… banggg!

Dia terjatuh dengan luka di lutut kanan. Di kejarkan ke hospital oleh anak saudara yang kebetulan lalu di situ. Lututnya terpaksa diberi beberapa jahitan.

Aku yang baru balik dari kerja hari itu masih tidak tahu menahu. Cuma berasa hairan bila tiba-tiba kawannya yang lain menunda motornya balik ke rumah ketika aku asyik meyapu sampah depan rumah.

“Ini motor Akhmal, pak cik!”

“Haik.. Akhmal mana?”

Terdiam.

“Errrr…. Akhmal kat hospital.” Kawannya yang lain memberitahu.

Laaaa…….Aku menggelengkan kepala. Buat hal lagi anak bertuah ni!

12 ulasan:

kakcik berkata...

Hmmmm... dugaan lagi tu.

Esok kakcik ke SJ, ingin sangat nak jumpa IM tapi mungkin tak berkesempatan, lagi pun kakcik dah hilang no hp IM. :(

ainnoraini berkata...

sabar ye IM...dugaan tu...
anak lelaki mmg nakal sikit kot...mudah-mudahan cepat sembuhnye...

nyanyisunyi berkata...

mulut kita memang tak lari dr lafazkan 'anak bertuah' bila ada sj hal yg anak2 buat..samalah dgn ank sy yg no 2.

NzA berkata...

IM diuji lagi....apa pn akhmal adalah anak bertuah....itulah doa ibu bapa....

ibuintan berkata...

Akhmal... menguji lagi ayahnya

nasib baik IM seorang ayah yg sabar menerima ujian

pB berkata...

sebagai ibu bapa kita kena banyak bersabar ...

anak anak ni banyak sungguh dugaan dan cubaan nyer

Mario berkata...

hehe...dak baru naik mmg cenggitu ek...mmg kena byk bersabar...

S..U..D..@..I..S berkata...

ujian2 dizaman anak remaja
sabo je lerrr

LadyBird berkata...

smg cepat sihat :).. ameeennn..

KELI OH KELI berkata...

semoga anak IM cepat baik dan sihat ya...

zul permatang badak berkata...

Sabar ajelah IM....

aku HIV positif berkata...

moga anaknda cepat sembuh dan segala doa dan usaha IM utk kesejahteraanya dimakbulkan, insya-Allah...