Logo JIM |
Uhh... ibu_suri menjuih bibirnya bila saja aku beritahu khabar itu. Aku peluk ibu_suri sambil berkata;
"Okeyla... Bagi can abang join dengan depa. Lagipun tak lama. Sampai bulan 5 je. Lepas tu JIM akan dibubar dan semua ahli diserap masuk IKRAM. Kasi can la abang buat kerja yang abang minat....ya! Abang bukannya buat kerja tak elok! Dah makan?"
InsyaAllah, aku akan cuba sekadar termampu. Kemungkinan besar kerja-kerja paperwork aku tidak ada masalah. Cuma untuk aktif sepenuhnya dengan program mereka itu yang mungkin ada batasnya.
Apapun, aku selalu mengikut gerak hati jika fikiranku tidak dapat membuat penilaian atau mengambil keputusan jelas. Dalam hal ini, gerak hatiku mengatakan.... Why not cuba sedaya upaya. Namun tentunya, aku perlu selesaikan segala keperluan kebajikan ibu_suri dahulu. Jika itu sempurna insyaAllah rasanya aku tidak punya halangan besar untuk teribat dengan urusan kepimpinan JIM.
Dan aku sepatutnya tidak kesal dengan takdir ini. Seharusnya aku bersyukur dan pasrah kerana semua ini membuatkan aku kembali menilai kehambaaanku pada Tuhan!
9 ulasan:
Tahniah IM...!!!! InsyaAllah Im boleh lakukannya...
Assalamualaikum IM,
Tahniah di atas perlantikan sebagai Setiausaha Jamaah Islah Malaysia (JIM) Seberang Perai Tengah.
Satu penghormatan dan kepercayaandi atas tanggungjawab yang diberikan.
Tahniah!!!!teruskan usha yg murni...
tahnaih...eh...kenapa JIM kena bubar? atau just tukar nama?
apa khabar IM.. lama tak bertanya khabar di sini
tahniah... moga semuanya berjalan lancar
tahniah... IM memang dipercayai bertanggungjawab utk pikul tugas dan tanggungjawab, tahniah sekali lagi
salam
besar tanggungjawab tu..semoga berjaya menggalasnya
kesempatan yang ada untuk beramal insyaalah yg baik dipermudahkan
Assalam IM
TAHNIAH. Tuhan akan memberkati sumbangan & penglibatan tuan itu. InsyaAllah,
Catat Ulasan