Apa yang aku harapkan di kehidupanku di hari esok ialah bebas dari belenggu hutang, sihat dalam menguruskan diri sendiri serta mudah untuk meneruskan aktiviti kemasyarkatan.
Puluhan tahun aku hidup membina keluarga sendiri, rasanya semakin tiba masanya untuk aku melepaskan anak-anakku membina kelansungan hidup mereka sendiri. Tidak perlu lagi aku susah untuk memikirkan tentang apa, bagaimana dan ke mana halatuju mereka. Biarlah mereka cari sendiri setelah ilmu dan pengalaman aku terapkan kepada mereka sejak kecil
Yang masih menjadi tanggungjawapku sehinggalah nafas yang terakhir hanya nasihat dan doa dari yang bernama ayah. Itu aku tahu dan insyaAllah, tidak akan putus dari nuraniku.
Yang selalu menjadi kebimbanganku ialah ibu_suri;
“I tak mahu you sakit. I sakit tak apa..” begitu kata ibu_suri semalam bila melihat aku tidak seaktif selalu mengemas rumah sejak beberapa minggu ini. Dalaman rumah kusut masai.
Tanpa pengetahuan ibu_suri dan aku sendiri, Angah semalam mencantas hampir gondol pokok kasturi dan bunga ros kesayangan. Ini membuatkan ibu_suri membebel sepanjang hari; bukan kepada Angah sebaliknya pada aku.
Menjadi semakin bertambah lesu jasadku dan ditambah dengan rohaniku yang seperti hilang motivasi.
"Ayah tak tahu siapa yang boleh jaga ibu semacam yang ayah jaga jikalau ayah tiada lagi nanti!” keluhku pada Angah beberapa hari lalu.
12 ulasan:
Kakcik pula sering berdoa agar kesakitan yang ditanggung oleh suami dan anak-anak biarlah berpindah kepada kakcik. Setakat ini, kakcik tahu walau sakit macamana pun kakcik masih mampu menguruskan rumah tangga seadanya. Esok lusa, tak tahulah bagaimana pula. Moga2 ALLAH sentiasa memberi kita kekuatan.
sy masih tidak boleh melepaskan anak2 dgn hidup mereka sendiri kerana anak2 masih kecil..
mudah2an IM diberi kekuatan menjaga ibu-suri dan menghadapi dugaan dari Allah swt.
Andainya kau pergi dulu sebelummu.
InsyaAllah tunggu aku di pintu syurga.
Bayangkanlah masa-masa bahagia semasa engkau dan aku bersama dalam jamaah.
Ku percaya kau selalu di sisiku walaupun jasad mu tiada walaupun di mana kau berada persahabatan kita takan berubah.
IM....apa khabar? semoga bahagia menyinari hidupmu..
jangan smpai ibu suri terdengar ayat tu...IM.pendamkan sj lebih baik
hidup ini misteri..hanya ketenangan yg menjadi pemenang..
kakcik,
IM pun berkata yang sama. mana-mana ibubapa juga berkata yang sama kepada anaknya.
IM juga juga berkata yang sama terhadap ibu_suri. pada IM, jika ibu_suri sakit, IM akan 2 kali susah.
nyanyisunyi,
satu hari kita terpaksa akui untuk lepaskan mereka.
hrusli,
he..he.. teringat masa kita sesama buat stage show la pulak..
amy,
alhamdulillah sihat. tkasih kerana selaly bertanya khabar IM.
sud@is,
memang selalunya begitu. IM hanya akan bercerita yang baik-baik saja pada ibu_suri. dia perlukan motivasi kerna dia sendiri tidak boleh memotivasi dirinya sendiri berbanding IM.
a samad jaafar,
tkasih kerana singgah. maaf, IM lama tak singgah blog tuan.
ketenangan itu memang subjektif.
sebagai insan biasa, ada kalanya kita begitu.
nikmati dan biarkan sahaja,
sama-sama kita doa limpah rahmat & inayah-Nya.
insya-Allah besok mentari kembali bersinar
semoga IM terus diberi kekuatan..
semoga IM makin sihat
AHP,
Ye lah.. IM tetap tabah dan sabar melalui hidup yang semakin ke hujung!
Bapak,
Tk atas doa yang tulus.
ibuintan,
Hari ini sedikit ok. Mungkin kena buat overall medical checkup...
salam pakcik im..
lady sentiasa doakan agar pakcik sihat..
sukar untuk menjaga orang yang sakit..
tetapi lagi sukar untuk meniti hari hari sebagai pesakit..
dan lagi sakit rasanya si pesakit apabila orang yang menjaganya turut sakit.. :(
Catat Ulasan