Jumaat, 7 Oktober 2011

Sepatutnya Bukan Dunia yang Di Buru!

“Tak boleh ke kita beli rumah baru? Rumah yang kecil sikit sesuai untuk kita berdua.” getus ibu_suri tatkala melihat deretan rumah teres baru siap di sepanjang jalan balik dari Hospital Besar Pulau Pinang. Semalam adalah rutin pemeriksaan susulan ibu_suri di Unit Psikiatrik. Doktor pakar menyarankan ibu_suri menghadiri sesi kaunseling tentang penjagaan pemakanan.

“Rumah kita yang ada ni dah cukup bagus. Kita dah duduk lama di sini. Jiran pun ok. Taman kita tu hampir 95% Melayu. Kalau kita beli rumah baru belum tentu kita dapat suasana yang macam sekarang ni.” Aku cuba mengelak.

Aku faham kenapa ibu_suri mempunyai keinginan begitu, sesekali. Malah aku sendiri beberapa kali pernah menyuarakan perasaan yang sama kepada anakku. Cumanya, aku bukanlah cukup berada untuk membeli rumah satu lagi. Rumah yang ada pun masih berbaki hutangnya.

Mungkin bukan sangat kerana rumah tetapi ialah lantaran perasaan. Adatlah pada yang bernama insan. Cepat jemu pada sesuatu yang sama setelah beberapa lama. Mungkin ibu_suri;

  1. Ingin masuk ke suasana baru. Persekitaran baru dan jiran-jiran baru.
  2. Bukan sangat kerana rumah sekarang ini besar tetapi kerana keluarga kami yang semakin mengecil.
  3. Ingin keluar dari kehidupan lamanya yang penuh rencam dan ingin membina suasana baru dengan semangat baru.
  4. Rumah baru mungkin boleh diisi dengan citarasa yang baru samada di sudut material atau rohaninya.
Apa-apa pun, bagi aku itu cuma aliran nafsu yang tak akan habis-habis mengalir dan mengalir. Sepatutnya di usia begini kami fikirkan bagaimana untuk memperbaiki amal ibadah, menyelesaikan hutang sesama manusia dan membulat fokus untuk menambah pahala.

Sepatutnya di usia begini kami lebih ingat pada mati bukannya pada dunia yang juga satu hari akan hancur juga bersama kami!

15 ulasan:

LadyBird berkata...

kenapa yer..
mungkin sebab ibu suri nak cube berhijrah..
mungkin En IM boleh gi bercuti mane2 seminggu.. :).. jauh drp penang.. tenangkan fikiran..

kakcik berkata...

Ikutkan hati semuanya kita ingini walaupun kita sedar semua itu tak mungkin dapat kita bawa bersama ke sana nanti. Itulah namanya nafsu, kan IM?

NzA berkata...

simboliknya ibu suri sdg kerinduan n kesunyian....

insan_marhaen berkata...

LadyBird,
Hujung tahun ni ibu_suri dah mula ngomel untuk bawa dia ke Kelantan. Masuk ini dah kali ke 3 kami ke sana.

kakcik,
Memang nafsu ni mengalir bak air sungai. Takkan berhenti...

NzA,
Memang betul tu. Harap-harap bila ada cucu nanti, terubat sikit kesunyian dia.

aku HIV positif berkata...

semenjak diuji Allah ini,
saya lebih memahami erti qanaah.
bersyukur dan memadai dengan apa yang ada,

dunia yang semakin diburu semakin jauh,
akhirat yang semakin kita lari semakin hampir.

MulutPayau berkata...

Suasana yg baru utk ibu_suri hilangkan segala ksunyian dan kerinduaannya...Mngkin ada sesuatu yg menarik di kelntan mnybbkan ibu_suri ingin ke sana...

IMANSHAH berkata...

rumahku syurgaku..insyaAllah

hani@debumelukut berkata...

Rumah macam mana pun jika terisi dengan kebahagiaan tetap menjadi istana..

insan_marhaen berkata...

AHP,
ya.. umur semakin panjang bermakna kematian semakin hampir.

Mp,
Memang ibu_suri selalu berkata .. boring..boring.. IM faham Tapi IM juga mempunyai kekangan tersendiri yang IM tak boleh bagitau dia malah sesetengahnya pada sesiapa sekalipun!

ImanShah,
IM sedang berfikir bagaimama nak menSYURGAkan rumah IM yang lapang tetapi kosong ini...

hani,
bahagia itu subjektif tafsirannya. bagi ibu_suri dan IM, tak sama sudut pandangan kami...

S..U..D..@..I..S berkata...

mungkin ibusuri kerinduan pada anak2 atau tension..perasaan yang dtg dan pergi

a.samad jaafar berkata...

terbalik pulak..selalunya nak rumah yg lebih besar.. tp mmg lah perasaan yang 'nak-nak' ni fitrah manusia..

t kasih krn sudi ke blog saya.. saya menghargainya..

Itu Aku berkata...

orang sekarang berlumba2 nk besarkan rumah...
ibu suri mungkin mahu berubah angin...
semoga cpt sembuh ibu :)

insan_marhaen berkata...

sud@is,
ibu_suri memang sedari muda kalah dengan emosi.

asj,
selalunya bila kita beransur tua, perasaan ingin berubah angin itu akan datang.

itu aku,
IM pun kekadang gitu bila merasakan tak mapu nak urus rumah yang besar ini sendirian!

bearcat berkata...

Biasalah tu IM, saya sendiri kadang-kadang rasa bosan dan terfikir nak pindah ke sana ke sini....tambahan ibu suri...mungkin boleh bawa ibu suri jalan-jalan untuk hilangkan kebosanannya :)

insan_marhaen berkata...

bearcat,
lama tak baca komen. blog pun lama tak update. apa khabar?

tiap-tiap malam IM bawa ibu_suri jalan-jalan. hujung minggu pun jalan-jalan.