Ahad, 26 Februari 2012

Kasih Ayah

Pagi semalam aku riadah lagi di Tasik Mengkuang. Kali ini aku ambil trek yang panjang, tidak di trek yang biasa aku lalui sebelum ini.Trek kali ini ada beberapa gon yang pastinya bagus untuk pemangkin peluh.

Sebenarnya matahari dah semakin tinggi bila aku sampai di sini. Hampir jam 9 pagi. Tapi masih ramai juga manusia datang dan pergi.

Telinga aku tiba-tiba menangkap perbualan seorang ayah dengan anak di hadapan dan kemudiannya di belakangku bila aku memotong.

"Ayah, kenapa orang tu bila mati sorang-sorang je dalam kubur."

"Memanglah kita mati nanti akan ditanam sorang-sorang je."

"Abah nanti mati ke?"

"Ya... semua kita akan mati."

"Pokok?"

"Juga akan mati."

"Burung?"

"Mati juga."

"Mmmm... Dinasour?"

"Mati juga."

"Upin Ipin?"

"Mati juga..."

Dan akhirnya soaljawap itu semakin hilang dari pendengaran. Ini menyegerakan ingatan aku kepada klip video ini:

13 ulasan:

zul permatang badak berkata...

termenung sejenak.....tentang sebuah pengorbanan...........ia tercatat kemas,dalam ingat.....

kakcik berkata...

Sejujrnya, ada waktunya memang letih melayan soalan dari anak2!

LadyBird berkata...

lady selalu nk mrh time anak2 sedara tanya soalan2 kat lady.. sebab penat fikirkan jwpn yg sesuai..

S..U..D..@..I..S berkata...

sungguh tersentuh lagu ni IM, kasih sayang ibu dan ayah tiada bandingan

Wanpetunjuk berkata...

Budak2 semua benda nak tahu. Kadang2 kita kena bagi jawapan yang sesuai sebab jawapan kita penting untuk mereka...mereka akan ingat sampai bila2...

Selamat berhujung minggu...

aku HIV positif berkata...

saya antara yang sentiasa berdepan dgn situasi tersebut saban hari sama ada di rumah, tempat kerja, di blog dlm pelbagai entry dan emel. mmg kadangkala menguji kesabaran tetapi sentiasa mendidik saya bersabar.

Deru Ombak berkata...

Darah muda cepat naik angin...tidak sesabar seorang bapa. :)

aimaniman berkata...

itulah kesabaran yg harus dimiliki oleh semua ibu bapa.. kekadang soalan yg tak terduga yg ditanya, ada kala plak soalan tu berkali2 ditanya seolah2 sianak ingin mendapat lebih kepastian...

Anonymous one berkata...

AO sebak... kenangkan abah AO.. tak tau Ao dapat balas jasa kedua ibu bapa AO tak..

abu muaz berkata...

bijak anak ini.
tazkirah untuk kita bersama.

Dinar berkata...

IM, saya percaya anak itu bwh umur 5 tahun...kadang2 saya terfikir wlaupun masih kecil dia sudah terfikir soal mati! Masa kecik dulu pun saya selalu bertanya ayah ttg mati...

NzA berkata...

kerenah anak2 terkadang boleh buat kita hilang sabar tetapi bila dikaji balik, bertapa kreatifnya pemikiran mereka...tak terjangkau dek akal kita....

a.samad jaafar berkata...

upin dan ipin barangkali boleh panjang umurnya..mcm ultraman !

saya cukup sensitif apabila bebrbicara ttg ibu dan bapa..sejak ibu 'pergi' saya semakin tahu..dia adalah segala2nya..